DIY TRAVEL TO JEJU
Alhamdulillah telah selamat pergi dan balik dari Jeju Island,Korea..baru berkesempatan untuk share tips berdasarkan pengalaman kami 6hari 5malam di sana..
1)Sediakan segala dokumen perjalanan passport,travel insurans ,itinerary perjalanan dan apa sahaja yang dirasakan perlu.
2)Booking penginapan atas talian adalah lebih selamat bagi melancarkan perjalanan..Pulau Jeju agak luas ,adalah lebih sesuai untuk stay di tempat2 yang ingin di lawati.Kami stay di Kkodak Kkodak guesthouse di Seongwipo selamat 4hari 3 malam, dan Bj Stay Guesthouse di Jeju city 3hari 2 malam.
*Kkodak Kkodak susun atur biliknya agak klasik tilam ala2 cerita korea/jepun yang tidur atas lantai.Lantainya ada heater dan sgt selesa.Bilik air dilengkapi dgn jakuzi.
*Bj Stay memiliki susun atur sgt moden dan bersih.Kelebihan penginapan ini adalah sgt muslim friendly kerana peti serta peralatan dapur diasingkan bagi guest muslim dan non muslim.Guesthouse ini juga menyediakan surau lengkap dengan sejadah.
3)Sewa kereta adalah option yang paling sesuai untuk meneroka Pulau Jeju kerana attraction place jaraknya agak jauh.Tempahan sewa kereta lebih murah jika kita sign in sebagai members secara online.Kami telah menyewa kereta syarikat AJ rent car harga sewaannya adalah antara yang termurah dan recomended di kalangan pelancong.Kelebihannya juga boleh dibayar dgn cash tanpa kad kredit.Kebanyakkan rent car di Jeju mengutamakan penggunaan kad kredit.Syarat sewa kereta di sana ,pemandu perlu memohon Lesen Memandu Antarabangsa di Jpj dengan bayaran rm150.Pemanduan kereta adalah Left handed.
4)Bahasa
Mereka mmg kurang mahir berbahasa Inggeris hampir 99% berdasarkan pengalaman kami di sana,mereka yang kami berhubung menggunakan bahasa Korea..(ayam & itik gigih berborak).Jadi prepare la belajar perbualan asas di sana dalam bahasa Korea.
5)Travel Gadget
Kamera apa jenis kamera sediakan bateri yang cukup sebab setiap langkah rasa nak bergambar pemandangannya sgt2 awesome..Subhanallah..
Sediakan botol kosong untuk persediaan ke tandas kerana tandas di sana hanya ada tisu.
6)Pakaian yang bersesuaian dengan musim and dont underestimate.Pastikan pakai kasut yang selesa sport shoes adalah paling tepat sebab kebanyakan tempat yang dilawati adalah berbukit dan perlu berjalan agak jauh.
7)Makan.
Sediakan bekalan makanan secukupnya sebab pilihan kedai untuk muslim agak terhad.Untuk tengok senarai kedai halal atau muslim friendly boleh refer Halal Navi apps.TAPI kalu ragu untuk makan maka jauhi.
8 )Weather
Semak kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan..berdasarkan pengalaman kami pada hari ke dua mengikut perancangannya ingin ke Mt Hallasan , dengan penuh keyakinan meredah gelap lepas subuh menuju ke track pendakian gagal kerana salji tebal menutupi jalan dan jalan mulai licin serta agak merbahaya .Niat untuk menjejak mt Hallassam terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
9)Navigation/Map
Boleh install Kakao Map untuk memudahkan perjalanan..walaupun menggunakan tulisan hangul tapi agak mudah untuk memahami navigation tempat dituju.Bagi penyewa kereta gps included dan sangat membantu cuma perlu memasukkan no.tel tempat yg dituju pd gps.
10)Shopping Spot.
Junggang Underground Shopping Centre
Dongmun Market
Seongwipo Olle Market
*Barangan kosmetik sangat murah jika dibandingkan dengan harga Malaysia pelbagai butik terkenal ada byk di sana seperti nature republic, skin food, innisfree, laneige ,misha ect.
😍Special thanks to my other half Mohd Huzaifi Sulaiman,merangkap Mr Photographer, Mr Driver, and etc...tq jugak utk yang sudi share itinerary dan berkongsi info.
Tuesday, August 28, 2018
HONEYMOON TO JEJU
Sunday, April 2, 2017
Putera Sulong
Fresh from the oven
Kelahiran pada kali ini adalah sangat mendebarkan kerana risau akan kebarangkalian kena operate lagi sbb masa melahirkan Wafda terpaksa operate sbb uri di bawah pp type 4.
Setiap kali details scan mmg doktor selalu pantau kedudukan uri.Alhamdulillah uri tinggi dan kedudukan baby tidak songsang..tapi kemungkinan masih ada sebab kira2nya baru lagi melahirkan Wafda pada 2015 jadi jaraknya hanya ngam2 aje..Jadi sebagai langkah mengelak dari operate my SIL (K.Nah ,doktor) mencadangkan utk " buka jalan " awal seminggu dari due date.
Due date 6/3/17..25hb ,K.nah "buka jalan" kali pertama ,masa ni masih tebal dan jauh lagi..26hb "buka jalan" kali kedua dalam pukul 11.00 pagi masa ni dah ada keluar darah sikit tp tiada sakit apa..Otw balik dari rumah mertua ke rumah mama mula rasa sakit tapi sikit2 dan sekejap2 je..masih boleh tahan.Hari ni lepas makan tengah hari suami balik ke Lipis sbb esok dah sekolah dan membawa tempah keropok lekor yang banyak..walaupun berat hati lepaskan jugak suami balik Lipis.Lepas Asar sakit makin bertambah kol K.nah bagitahu perkembangan and decided lps magrib kalau sakit makin kuat akan balik ke rmh mertua juga sbb dekat dgn hospital dan K.nah ada utk pantau.
Bak Mama hantar rmh mertua malam tu jugak,Lubna berat hati nk tinggal mama tapi akur sbb faham mama dia tgh sakit..jadi Lubna dan Wafda ikut nenek balik.Sakit makin kuat tapi cuba bertahan sbb tggu suami yg baru sampai lipis terpaksa patah balik Terengganu dan pikir kesian kt K.nah yg smlm dah on call kt hospital..ku gagahkan juga kuatkan semangat menahan sakit.
Pukul 11pm ,lebih tiba2 terasa air ketuban pecah keluar dengan laju dan banyaknya..keluar lagi dan lagi...salin baju sempat 2 kali sakit masih ditahan..bagi peluang K.nah lelap sekejap..Lebih kurang pukul 1am ,sakit dah tak mampu ditahan bagitahu mertua yg setia di sisi meneman ..K.nah bersiap dan bawa ku ke hospital.Setiba nya di hopital pasang CTG semua..tolak masuk labour room.K.nah suggest kam cucuk epidural sbb xtahan sgt sakit kuat..Lepas cucuk epidural lama2 makin hilang sakit sedang elok suami sampai..masa hilang sakit terpikir macam mana nak beranak kl xrasa sakit apa2 ni..tp dpt lah tidur sekejap time ni..sedar-sedar rasa sakit sgt .Kebetulan K.nah dtg check bby mcm dah nak keluar..tgk2 epidural dah habis.
Jadi bermulalah kita dlm labour room hanya ada k.nah dan suami menyambut kelahiran baby boy kami..Push!push@! dengan sokongan mereka berdua maka keluarlah putera sulong yg diberi nama Bilal Al Hafiyy Bin Mohd Huzaifi..27/2/2017 pukul 5.26 am..Baba berkesempatan potong tali pusat Bilal.Alhamdulillah
Monday, March 27, 2017
Percutian ke Perth
28 oct -2 nov 2016 kami suami isteri bersama 2 org puteri dan seorang putera yg masih lg sdg membesar dalam kandungan telah selamat menerokai bumi Perth.
Pada kami Perth ada tempat yg mesra Public Transport..Sepanjang berada di sana kami menggunakan perkhidmatan bas awam dan train sahaja untuk ke mana-mana kecuali untuk ke Pinnacles dan Lancelin sand dunes shj kami menyewa kereta kerana tempatnya agak jauh dr bandar Perth.
Di sana kami menginap di Malaysian Hall Perth.Rasanya tempat ini adalah sangat selamat dan strategik untuk pelancong Malaysia bermalam dan sgt ekonomik.Bab makan pula kami banyak masak sendiri dan ada juga la mkn dalam sekali sehari kt restoran.
Semasa kami di sana adalah musim bunga dan suhunya agak sejuk dan menyenangkan.Pengalaman yg sangat bermakna buat kami suami isteri sbb first time travel tanpa guna agen main redah je dan kami berjaya mengharungi 5hari 4mlm malam di sana dengan jayanya memenuhi semua tempat2 yg kami nk lawati sebagaimana dirancang walaupun ada sikit berubah masa atau hari lawatan..Alhamdulilllah All is well..Anak2 pn seronok dapat jumpa dan bermain dgn kanggaroo ,main sand dunes..dan best dpt merasa tempat bergurun..😍Alhamdulillah!!
Saturday, October 10, 2015
Honeymoon trip ke Jakarta -Bandung
16 SEPT 2015 adalah anniversary perkahwinan kami yg ke 5..
5tahun sudah bersama melayari bahtera cinta ke syurga di warnai dengan 2 orang puteri kesayangan adalah suatu nikmat yg teramat diayukuri..
Bagaiman boleh plan nk gi travel ni?? Sbb nafsu membuak2 utk pergi bercuti..yerla balas dendam kena duk dlm wad lama2 masa tggu Wafda nak lahir..lepas lahir pn masa nk hbis pantang kna tahan wad lg sbb luka jahit ada problem..ohhh!! Bayangkan betapa perasaan yg xleh digambarkan bl terpaksa terperap di hospital ..tambah pula masa pregnant hubby dah start sambung master part time kt UPSI..hujung minggu hanya dihabiskn dirumah dengan Lubna je..Jadi bagi melepaskan segala rasa yg ada sibuk men Google masa dlm cuti bersalin 3bulan..cari pakej2 yg best utk travel..akhirnya berkenan satu pakej kt fb .. utk memeriahkan kembara kami ni. .offer la kwn2 utk join skali..yg len macam xnk je..mujur ada one of my best friend kt SKUT nak join skali trip kali ni . ..bestnye la dah lama xjumpa dia..Lee yana... :)
Trip ni selama 4hari 3 malam.. 19 -22/9/2015
Pihak agen x ikut kami ke sana..tapi hanya hantar kami ke KLIA2 untuk bg semua boarding pass dan sewaktu dengannya sbb kami ni dikira private trip..sampai kt airport Jakarta kami dijemput oleh PAk Supir Pak Yuyus yg siap tunggu dengan kad nama.. lega..dialah yg bersama kami selama 4hr 3mlm di sana..semuanya boleh deal dgn dia..
Jom Layan gambar kenangan ..
Jgn ditanya berapa harga jumlah wang yg dibelanjakan untuk percutian kali ini, tapi cukuplah untuk dinyatakan betapa berharganya nilai masa yg dihabis bersama-sama bila adanya aku , dia yang dicintai dan 2 puteri yg dikasihi. :)
Alhamdulillah
Sunday, March 29, 2015
Kelahiran
Permulaan cerita yg tidak disangka, akhir2 bulan Ramadhan telah mengalami cirit birit dan muntah2 yg teruk .Sampai malam raya tu mmg terpaksa masukkn air , mujurnya ada SIL yg doktor jd xpyah masuk wad..masukkan air kt rmh jer..Raya tahun lps mmg xmenjadi la, beraya dgn jarum ditgn ..mmg xberaya pn duk jer kt rmh MIL ..dugaan.. hr raya ke 2 , blik rmh mama still x sihat lg cirit birit dah kurang..tp muntah2 ada lg...mama pn ckp ke ada isi ni, lain mcm jer muntah2 ni...period mmg xdtg lg .Bln puasa ni dpt pose full cuma last ramadhan terpaksa berbuka awal sbb mmg dah xlarat sgt bdn tp mmg x expect pn pregnant sbb mmg biasa sgt bl bln puasa period jd berubah dan xbtul..
Xnk check pn lg coz xnk bharap sgt..tp mama rupanya dah gi bli senyap2 pregnancy test kit tu..jd nk xnk mama kata check jer la kang kl ada isi boleh la bjaga2..check2 mmg naik 2line...
Alhamdulillah..rezki bulan puasa...
Spjg pregnant ni ..awal2 mmg xde slera mkn , masakan sdiri pn xlalu...hari2 muka makan lauk tapau jer..berat awal masa buat buku tu 37kg jer..biasanya berat 43kg..mmg lambat sgt nk naik berat masa awal tu...
Masa kandungan 7bulan doktor sahkan uri duk kt bawah atau bahasa perubatannya placenta previa type 3 ..2 kali refer pakar kt Hospital Kuala Lipis masih jugak uri x naik..masa tu pakar terus keluar surat untuk tahan wad n cucuk matang paru...dah la gi check up sorang2.. masa tu kandungan 32minggu ..sebut pulak kna tahan wad..trus berkaca mata ni..takut cuak semua ada..pastu bincang punya bincang..ckp nak bersalin kt Hospital Kuala Terengganu (HSNZ) , dia terus refer doktor kt HSNZ ..then decided utk masuk pd 34minggu..
Jd dah mmg ada SIL doktor kt HSNZ , 15/2 /15 gi check up then terus masuk wad ..masa ni pn doktor ckp PP type 3@4.. doktor dah booking siap2 tarikh operate 15/3 ..so ada masa sebulan nk kna duk dlm wad ni.. wad ni sgt selesa sbb bangunan baru lengkap ber aircond , dpt pula katil yg strategik di tepi tinggap menghadap ke pantai..satu bilik ada 5 orang..bilik mandi n toilet ada dlm tu jer.xpyah share beramai..share 5 org tu je la...minggu pertama boleh tahan lg sbb kebetulan masa ni hubby cuti Chinese NY tiap waktu melawat mmg dia dtg teman wife kt wad ni..peneman setia..Lubna terpaksa tinggal dgn nenek dia kt Setiu..minggu ke2 , mmg rasa berat sikit la hubby dah blik keje ke Lipis...tp bekalan makanan dalam locker mmg byk hubby bli siap2 takut wife dia lapar..mujur ada SIL yg selalu dtg melawat dan hantar sarapan yg MIL siapkan...thanks mak !! Rasa disayangi. :)
Pada 1/3/15 waktu subuh..selepas mandi tiba-tiba rasa macam sesuatu keluar...pi check kt tandas mmg ada tompok darah keluar..terus bgtahu nurse..nurse suruh baring...dalam pukul 7lbih doktor check dan dia bgtahu hr ni juga ke operate...lg satu drama air mata...mcm mana nk operate hubby xde kt sini..bl hubby tahu terus btolak blik dr Lipis ke KT..
Masuk wad bersiap sedia untuk masuk bilik bedah , salin baju baring atas tilam tu..makan ubat tahan muntah..disorong oleh 3 orang nurse ke bilik bedah...masa ni hati x keruan..jantung berdegup kencang..my dad otw dr setiu ke hospital standby utk azan kt telinga baby nanti..
Bl sampai kt kaunter bilik bedah tu kena tunggu dulu sebab ada operation utk bby kembar kt dalam tu..sementara tunggu tu rasa sangat keluh kesah..pusing kiri x kena, pusing kanan x kena..Allah...aku takut ..terasa begitu hampir dengan kematian.. sementara menunggu tu dipakaikan selimut panas sbb takut kita kesejukan..masa ni SIL datang sembang2..br hilang rasa resah tadi..siap tertidur lg dlm masa menunggu tu..Alhamdulillah..
Masuk bilik bedah..first time....melilau mata tgk mcm2 alat ada..selama ni tgk dlm drama jer hr ni real depan mata..sangat beruntung selain doktor pakar, doktor bius, nurse2, my MIL pun ada skali dlm bilik bedah ni..hubby xde pn xterasa sgt sbb adanya dia..pemberi kekuatan n semangat..masa ni mmg xde rasa apa2..rasa pasrah dan reda..release. .
Pastu cucuk bius 3 jarum kt belakang..my SIL siapkan ..and then ready to operate..pakar dtg buat kerja dia..masa ni bius tu separuh jer so .....its live!! WoW.. tapi serius x rasa pun bila masa dia belah perut tu..part tekan2 nk keluarkan bby tu mmg sakit sgt..senak...sepanjang operate tu rasa sakit bl tekan2 tarik2 tu jer..bl bby keluar masa tu duk ralit tgk org bersihkan bby jer..jeling je kt bby... .pastu dengar suara dia menangis..terus rasa lega..Alhamdulillah...sepanjang operate mmg xtidur pn..nampakla jugak sikit2 jarum dan benang yg sdg menjahit perut tu..
Selesai misi pembedahan SIL bgtahu my hubby sempat sampai sambut bby kt luar...11.30 hubby sampai 11.44am bby dilahirkan .Di sorong masuk ke wad semula..bby ditahan di wad lain..mlm pertama selepas operate kena cirit birit..tuhan je tahu siksanya dgn wayar air ditangan, salur kencing xbuang lg..perut br pas operate..semua nurse yg uruskan..xmampu berbuat ape2..semoga diberkati dirahmati nurse2 yg byk membantu ni...hari ke2 setelah melahirkan ,bby dibenarkan duduk dgn mama di wad.. :) hr ke3 setelah check up last ...kami dibenarkan pulang..YEay!!
Yes!! Its a girl...
Berat 2.7kg
Tinggi 50cm...lg tinggi dari kakak Lubna tau..kakak dulu 48cm ...kl cukup bulan xtahu la pjg mana lg bertambah tingginya.
Nama diberi Wafda Al Hafiyya..anak solehah yg ke dua cinta hati baba dgn mama :)
Bila bersalin czer ni br tahu betapa sakitnya selepas bersalin..tuhan bg diri ini rasa bgaimana my mama 5 org ank kesemuanya bersalin secara czer..first jumpa hubby ckp kt dia kl boleh xnk dah operate..sakit....bgtahu dia betapa berani nya diri wanita yg bersalin czer, walaupun dihunus pisau tetap tidak berundur...malah ada yg sampai 5 org ank masih juga rela perutnya dilapah.. bunyi scary jer kan..tp itu lah hakikatnya..(ayat hiperbola)....
Special thanks to ,utk hubby yg byk berkorban masa , wang dan tenaga spjg pregnant sampai lah bersalin tanpa jemu dan sedikit pn xmengeluh.. my SIL K.Nah kerana sudi menjadi peneman setia di wad sampai ke dewan bedah...buat mama yg sudi jaga Lubna utk spjg k.ida berada dlm wad..utk mak yg rajin buat sarapan utk menantu dalam wad...seluruh ahli keluarga yg byk bg sokongan n sudi melawat..k.husna my office mate yg sudi tumpangkan sy saat sarat xleh nk drive..n all my friends... :)
Ibrahnya : keperitan dan kesakitan seorang ibu yg melahirkan anak tidak dpt dibalas dengan emas berlian..pengorbanan seorang bapa jua tak mampu dibayar dgn wang ringgit.. sayangilah mereka sepenuh hati..
Tuesday, April 29, 2014
Kehilangan
- Allah cuba menyedarkanku bahawa semuanya dalam bidang kekuasaanNya..tiada daya upaya untuk menghalany qada` dan qadarnya..
- Menjadi lebih menghargai erti zuriat..menghargai kehadiran Lubna Al Hafiyya dalam hidupku.
- Melatih diri untuk bersabar dalam menghadapi ujianNYa.
- Pengalaman yang mendewasakan .











