Saturday, July 8, 2023

ANUGERAH KE 5

     Pada hari Ahad 29 Januari, baba, Lubna, Wafda dan Bilal dah bergerak balik ke Koyan semula. Harap sangat baby keluar hari ini sbb baba ada di setiu, tapi tiada sebarang tanda-tanda lagi. Thalhah stay dengan mama di rumah nenek stand by untuk bersalin. Petang tu sementara teman Thalhah main kt luar rumah, mama buat exercise sikit untu mudahkan bersalin, jalan itik , squat dan macam-macam la ikhtiarnya. Malamnya start pukul 9 lebih rasa xselesa perut, tapi xteruk..masih boleh menonton tv lagi.Petang tu baba baru sampai Koyan,sambung bz kemas rumah , katil siap untuk mama berpantang. Mlmnya  whastp baba cakap sakit perut tapi bukan nk bersalin lagi kot sikit-sikit jer, sebab ni pengalaman bersalin yang ke-5, mama faham sangat sakit contraction mama sakit yang amat macam mana. Mama sedapkan hati cakap pada baba, tidurlah dulu rehat, okay jer ni.

    Pukul 12, sakitnya makin kerap tapi tak kuat. Serba salah, sebab sakit yang biasa-biasa aja tidak seperti anak-anak sebelum ni. Tapi mama dah mula mundar mandir, dalam menahan sakit yang macam menolak. Tidak gamak nak bagitahu baba, sbb baba baru sampai koyan. Masih boleh bertahan. Nenek tanya pun, mama masih cakap belum contraction lagi rasanya, biasa sakit yang lagi teruk.

    Masuk bilik cubaan untuk tidur, tapi tak berapa nak lega. sakit tu datang dan datang berkala tapi x kuat. Pukul 2 pergi tandas dah ada turun tanda darah sikit. Tidak cuak masih tenang, sebab sakit tak kuat, tapi rasa lebih ada menolak nak keluar , walaupun sakitnya konsisten. Buka apps kiraan contraction, sakit dtg dalam 5 minit sekali tapi kategori mild sahaja, masih boleh bertahan tapi tidak boleh tidur. Cuba bertahan sehingga pukul 4.15, whatsp baba , cakap rasanya dah nak bersalin ni, kalau bangun nanti balik la setiu. Pukul 5 kejut nenek cakap rasanya dah nak bersalin sbb dah turun tanda, tapi nak pergi hospital selepas solat subuh. Nenek bangun urut-urut..Tapi masih keliru, sakit tak kuat seperti contraction yang anak lain.

    Usai solat subuh, ambil beg kelengkapan bersalin, gerak ke HSNZ dengan nenek. Thalhah tinggal dengan atuk dan Tina di rumah. Dalam perjalanan sangat cemas, sebab sangat kuat tolakan seolah-olah baby nak keluar. Sakit contraction xkuat tapi sakit tolakan tu sungguh mencemaskan. Pagi tu, jalan sibuk sama dengan waktu orang nak pergi kerja bila masuk bandar, dengan trafik light lagi. Menjerit-jerit dalam kereta setiap kali rasa baby menolak. Nenek habis zikit, duk ulang sikit lagi nak sampai. Kaki kepit siap-siap sebab betul-betul rasa baby nak keluar. Kena tahan sbb fikir lagi susah kalau terberanak dalam kereta dengan nenek.

     Sampai di HSNZ belum sempat nak habis dafrtar, misi terus tolak naik kerusi roda sbb dia nampak sangat sakit. Misi check jalan dah 7cm lebih, terus tolak ke labor room. Masuk labor room, misi kata kalau rasa nak teran bagitahu, mama kata rasa nak kencing. Misi kata nanti dia masuk tiub. Betul mama blur, sbb tak rasa sakit contraction cuma rasa menolak macam mana rasa nak teran. Misi cakap tak nak cuba teran ke..blur nak jawab.. boleh la saya cuba..cuba 2 kali xjadi okay teran. Saya tak tahu nak teran macam mana, kalau sebelum ni time contraction tu la kita teran tapi yang tiada sakit contraction yang nak support. Misi kata teran macam nak berak, sekali push..

        Alhamdulillah selamat keluar baby boy yang comel diberi nama Hamzah AL Hafiyy tepat jam 8.27 pagi pada 30 Januari 2023. Pakej dah siap berak dan kencing terus lepas keluar perut. Baba tak sempat sampai, jadi misi dan minta tlg Doktor lelaki yang tolong azankan Hamzah. Nenek lah yang bertuah yang dapat tengok Hamzah yang terawal.

    Pengalaman melahirkan yang paling mudah pernah mama rasa, kalau sebelum ini, tuhan saja yang tahu sakitnya. Alhamdulillah selamat semuanya.










Monday, November 4, 2019

Anugerah Allah,Amanah ke 4.

27hb Okt 2019 Perjalanan menuju ke Kubang Kerian untuk berjumpa SIL merangkap doktor peribadi keluarga untuk mendapatkan khidmat nasihat dan ikhtiar bagi proses kehamilan sebab lagi 3 hari before due date.My SIL sedang sambung Master otw jadi pakar O&G kt HUSM Kubang Kerian jadi settle scan dan check ctg baby.Selesai JJCM,makan-makan rmh mak saudara bertolak balik ke Setiu.Time bertolak balik dah mula rasa mild contraction dlm 15minit sekali,mujur mama ikut sekali jadi anak-anak yg lain mama urus dekat belakang,baba fokus drive,mama menahan sakit contration.Makin lama makin kerap sakitnya,maka drop mama dan anak-anak kat Setiu terus ke rmh MIL di Manir.Why pergi rmh MIL dulu?My MIL bekas bidan kerajaan so anak-anak sebelum ni pn MIL & SIL dulu yg monitor bukaan jalan baru gerak ke HSNZ.Isi perut dulu sikit,baba mandi segarkan badan dulu then baru dapat green light untuk pergi Hospital.

Lebih kurang pukul 11.00++pm daftar and masuk wad HSNZ.Contraction masil lagi on x berhenti,menahan sakit sampailah ke pagi esoknya,dalam pukul 9 am 28/10/19 nurse cucuk ubat tahan sakit atas nasihat doktor.Masa ni dapat la lena sekejap walaupun dalam tidur tu xterjaga setiap kali contraction datang tapi tahan la sikit sebab sakit dalam mamai ubat, setelah semalaman tidak dapat tidur melayan contraction.Masih lag 2cm bukaan.Ku ingat lena sampai ke petang, tidak lama selepas tu datang lagi contraction makin sakit dan kuat. Jumpa nurse minta check jalan masa ni 4cm.Setiap kali hilang contraction turun kali pergi tandas buat squat pastu round2 dalam wad dengan harapan jalan cepat terbuka.

Selepas siap solat maghrib,terus request dgn nurse nak check jalan lagi sebab sangat sakit.Alhamdulillah masa ni dah 5cm.Dalam sekitar waktu isyak nurse tolak masuk labour room.Kol suami xberangkat rupanya tengah solat isyak kt surau HSNZ,just whatsapp untuk inform dah nak masuk labour room.

Di bilik labour room,check ctg,doktor pecahkan air ketuban dan tinggalkan saya di situ untuk tgk progress sebab jalan baru 5cm,tapi sakit sangat2 tidak tertahan sampai nurse yg incharge pn duk bercakap kesian dia ni biar cepat-cepat buka jalan sakit sangat dah tu.Sepanjang dalam tu ada suami datang meneman,mula-mula masih dalam keadaan terkawal cuma stuck time contraction boleh bercakap sikit dengan suami.Lepas beberapa ketika sakit tidak dapat dibendung dalam menjerit panggil nurse rasa macam nak keluar je.Nurse datang check baru 6cm..Oh!!berapa lama lagi kena tunggu ni..rasa sudah separuh nyawa menahan.Ku bisik pada suami,sakit contraction ni sudah sampai tahap Z macam dah nak mati.Dalam tidak putus zikir suami Lailahaillaantasubhanainnikuntuminzzolimin,diselangi dengan takbir yang xputus keluar dari mulut tiap kali contraction datang menggila.Hanya Allahuakbar!!!Allah!! Yang mampu disebut saat sakit yg teramat sangat ini ,namun dalam hati  xputus menyeru nama-nama Allah dengan penuh pengharapan Ya Fattah,Ya Baari',Ya fattah ya Waasi', Ya musowwir,Ya Rahman Ya Rahim Ya khaliq mudahkan urusanku melahirkan.

Saat ini benar-benar terasa seperti apa yg telah disampaikan dalam 1 ceramah agama seorang ustaz sakit bersalin seolah-olah 20 tulang dipatahkan secara serentak.Yer setiap kali contraction datang, rasa tulang pinggang seperti patah dan hancur berkecai ..Allahu...inilah pengalaman bersalin yang paling menggerunkan yang pernah dialami setelah 4 kali kelahiran.Dalam sakit teringatkan akan maut seolah-olah di depan mata,hanya mampu berdoa Allah ampunkalah segala dosaku dengan segala azab sakit bersalin ini.gugurkanlah segala dosaku Ya Allah.
Dalam 2,3 kali juga panggil nurse check jalan tapi masih sama .Allahu...sakit..!!!!!Akhirnya tewas minta cucuk ubat tahan sakit+sedut etonok.Mamai rasa loya nak muntah semua ada.



Sekali lagi panggil nurse jerit tlg saya dah nak beranak ni....!!!nurse datang check 6cm baru mana boleh beranak lagi,tolonglah saya dah xtahan..dia pun cakap" doh nak beranak sangat mari sini"...,nurse tu buat os,dibukakan jalan ok dah 8cm ni cepat teran.Allah masa ni dah xtahu berapa kali sedut entonok mamai,sedar xsedar telinga dah berdengung ,tenaga entah ke mana ,tapi hanya mampu bertahan dengan mendengar arahan nurse.Syukur dapat nurse yang pandai mengawal psikologi pesakit,dia menggunakan suara garang dan tegang.
"Ok cepat teran..ha!! Angkat lg punggung biar koyak".terus letak semula..2,3× nurse ulang ayat ni..mata dah xmampu buka ,hanya ikut arahan nurse dalam rasanya 2,3x teran Alhamdulillah baby boy 3.43 kg selamat dilahirkan jam 12.43 am 29/10/19 tanpa sebarang jahitan.

Nama diberi Thalhah Al Hafiyy bin Mohd Huzaifi.

Tuesday, August 28, 2018

HONEYMOON TO JEJU

DIY TRAVEL TO JEJU

Alhamdulillah telah selamat pergi dan balik dari Jeju Island,Korea..baru berkesempatan untuk share tips berdasarkan pengalaman kami 6hari 5malam di sana..

1)Sediakan segala dokumen perjalanan passport,travel insurans ,itinerary perjalanan dan apa sahaja yang dirasakan perlu.

2)Booking penginapan atas talian adalah lebih selamat bagi melancarkan perjalanan..Pulau Jeju agak luas ,adalah lebih sesuai untuk stay di tempat2 yang ingin di lawati.Kami stay di Kkodak Kkodak guesthouse di Seongwipo selamat 4hari 3 malam, dan Bj Stay Guesthouse di Jeju city 3hari 2 malam.

*Kkodak Kkodak susun atur biliknya agak klasik tilam ala2 cerita korea/jepun yang tidur atas lantai.Lantainya ada heater dan sgt selesa.Bilik air dilengkapi dgn jakuzi.
*Bj Stay memiliki susun atur sgt moden dan bersih.Kelebihan penginapan ini adalah sgt muslim friendly kerana peti serta peralatan dapur diasingkan bagi guest muslim dan non muslim.Guesthouse ini juga menyediakan surau lengkap dengan sejadah.

3)Sewa kereta adalah option yang paling sesuai untuk meneroka Pulau Jeju kerana attraction place jaraknya agak jauh.Tempahan sewa kereta lebih murah jika kita sign in sebagai members secara online.Kami telah menyewa kereta syarikat AJ rent car harga sewaannya adalah antara yang termurah dan recomended di kalangan pelancong.Kelebihannya juga boleh dibayar dgn cash tanpa kad kredit.Kebanyakkan rent car di Jeju mengutamakan penggunaan kad kredit.Syarat sewa kereta di sana ,pemandu perlu memohon Lesen Memandu Antarabangsa di Jpj dengan bayaran rm150.Pemanduan  kereta adalah Left handed.

4)Bahasa
Mereka mmg kurang mahir berbahasa Inggeris hampir 99% berdasarkan pengalaman kami di sana,mereka yang kami berhubung menggunakan bahasa Korea..(ayam & itik gigih berborak).Jadi prepare la belajar perbualan asas di sana dalam bahasa Korea.

5)Travel Gadget
Kamera apa jenis kamera sediakan bateri yang cukup sebab setiap langkah rasa nak bergambar pemandangannya sgt2 awesome..Subhanallah..
Sediakan botol kosong untuk persediaan ke tandas kerana tandas di sana hanya ada tisu.

6)Pakaian yang bersesuaian dengan musim and dont underestimate.Pastikan pakai kasut yang selesa sport shoes adalah paling tepat sebab kebanyakan tempat yang dilawati adalah berbukit dan perlu berjalan agak jauh.

7)Makan.
Sediakan bekalan makanan secukupnya sebab pilihan kedai untuk muslim agak terhad.Untuk tengok senarai kedai halal atau muslim friendly boleh refer Halal Navi apps.TAPI kalu ragu untuk makan maka jauhi.

8 )Weather
Semak kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan..berdasarkan pengalaman kami pada hari ke dua mengikut perancangannya ingin ke Mt Hallasan , dengan penuh keyakinan meredah gelap lepas subuh menuju ke track pendakian gagal kerana salji tebal menutupi jalan dan jalan mulai licin serta agak merbahaya .Niat untuk menjejak mt Hallassam terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

9)Navigation/Map
Boleh install Kakao Map untuk memudahkan perjalanan..walaupun menggunakan tulisan hangul tapi agak mudah untuk memahami navigation tempat dituju.Bagi penyewa kereta gps included dan sangat membantu cuma perlu memasukkan no.tel tempat yg dituju pd gps.

10)Shopping Spot.
Junggang Underground Shopping Centre
Dongmun Market
Seongwipo Olle Market
*Barangan kosmetik sangat murah jika dibandingkan dengan harga Malaysia pelbagai butik terkenal ada byk di sana seperti nature republic, skin food, innisfree, laneige ,misha ect.

😍Special thanks to my other half Mohd Huzaifi Sulaiman,merangkap Mr Photographer, Mr Driver, and etc...tq jugak utk yang sudi share itinerary dan berkongsi info.


Sunday, April 2, 2017

Putera Sulong

Fresh from the oven











Kelahiran pada kali ini adalah sangat mendebarkan kerana risau akan kebarangkalian kena operate lagi sbb masa melahirkan Wafda terpaksa operate sbb uri di bawah pp type 4.

Setiap kali details scan mmg doktor selalu pantau kedudukan uri.Alhamdulillah uri tinggi dan kedudukan baby tidak songsang..tapi kemungkinan masih ada sebab kira2nya baru lagi melahirkan Wafda pada 2015 jadi jaraknya hanya ngam2 aje..Jadi sebagai langkah mengelak dari operate my SIL (K.Nah ,doktor) mencadangkan utk " buka jalan " awal seminggu dari due date.

Due date 6/3/17..25hb ,K.nah "buka jalan" kali pertama ,masa ni masih tebal dan jauh lagi..26hb "buka jalan" kali kedua dalam pukul 11.00 pagi masa ni dah ada keluar darah sikit tp tiada sakit apa..Otw balik dari rumah mertua ke rumah mama mula rasa sakit tapi sikit2 dan sekejap2 je..masih boleh tahan.Hari ni lepas makan tengah hari suami balik ke Lipis sbb esok dah sekolah dan membawa tempah keropok lekor yang banyak..walaupun berat hati lepaskan jugak suami balik Lipis.Lepas Asar sakit makin bertambah kol K.nah bagitahu perkembangan and decided lps magrib kalau sakit makin kuat akan balik ke rmh mertua juga sbb dekat dgn hospital dan K.nah ada utk pantau.

Bak Mama hantar rmh mertua malam tu jugak,Lubna berat hati nk tinggal mama tapi akur sbb faham mama dia tgh sakit..jadi Lubna dan Wafda ikut nenek balik.Sakit makin kuat tapi cuba bertahan sbb tggu suami yg baru sampai lipis terpaksa patah balik Terengganu dan pikir kesian kt K.nah yg smlm dah on call kt hospital..ku gagahkan juga kuatkan semangat menahan sakit.

Pukul 11pm ,lebih tiba2 terasa air ketuban pecah keluar dengan laju dan banyaknya..keluar lagi dan lagi...salin baju sempat 2 kali sakit masih ditahan..bagi peluang K.nah lelap sekejap..Lebih kurang pukul 1am ,sakit dah tak mampu ditahan bagitahu mertua yg setia di sisi meneman ..K.nah bersiap dan bawa ku ke hospital.Setiba nya di hopital pasang CTG semua..tolak masuk labour room.K.nah suggest kam  cucuk epidural sbb xtahan sgt sakit kuat..Lepas cucuk epidural lama2 makin hilang sakit sedang elok suami sampai..masa hilang sakit terpikir macam mana nak beranak kl xrasa sakit apa2 ni..tp dpt lah tidur sekejap time ni..sedar-sedar rasa sakit sgt .Kebetulan K.nah dtg check bby mcm dah nak keluar..tgk2 epidural dah habis.

Jadi bermulalah kita dlm labour room hanya ada k.nah dan suami menyambut kelahiran baby boy kami..Push!push@! dengan sokongan mereka berdua maka keluarlah putera sulong yg diberi nama Bilal Al Hafiyy Bin Mohd Huzaifi..27/2/2017 pukul 5.26 am..Baba berkesempatan potong tali pusat Bilal.Alhamdulillah



Monday, March 27, 2017

Percutian ke Perth

28 oct -2 nov 2016 kami suami isteri bersama 2 org puteri dan seorang putera yg masih lg sdg membesar dalam kandungan telah selamat menerokai bumi Perth.


Pada kami Perth ada tempat yg mesra Public Transport..Sepanjang berada di sana kami menggunakan perkhidmatan bas awam dan train sahaja untuk ke mana-mana kecuali untuk ke Pinnacles dan Lancelin sand dunes shj kami menyewa kereta kerana tempatnya agak jauh dr bandar Perth.

Di sana kami menginap di Malaysian Hall Perth.Rasanya tempat ini adalah sangat selamat dan strategik untuk pelancong Malaysia bermalam dan sgt ekonomik.Bab makan pula kami banyak masak sendiri dan ada juga la mkn dalam sekali sehari kt restoran.

Semasa kami di sana adalah musim bunga dan suhunya agak sejuk dan menyenangkan.Pengalaman yg sangat bermakna buat kami suami isteri sbb first time travel tanpa guna agen main redah je dan kami berjaya mengharungi 5hari 4mlm malam di sana dengan jayanya memenuhi semua tempat2 yg kami nk lawati sebagaimana dirancang walaupun ada sikit berubah masa atau hari lawatan..Alhamdulilllah All is well..Anak2 pn seronok dapat jumpa dan bermain dgn kanggaroo ,main sand dunes..dan best dpt merasa tempat bergurun..😍Alhamdulillah!!


Followers