Tuesday, April 29, 2014

Kehilangan

Di awal bulan 2 ..dah 2 kali buat UPT test..dua line tapi kabur...memang rasa xsedapp hati ,,pujuk hati mungkin awal sangat lagi tu yg x terang.
7/3/2014 : pergi sahkan di klinik kesihatan...alhamdulillah pregant .
17/3/2014 : Bangun pagi ada bleeding tapi sangat sedikit..tetap pergi sekolah macam biasa.Sempat masuk 3 kelas je mengajar pastu minta balik dengan Guru Besar sebeb tidak sedap hati darah makin banyak.Gi Klinik swasta ,then refer KKIA,pastu kena refer Hospital Pakar.Dari pagi sampai petang menunggu turn..dalam pukul 5 baru dapat jumpa doktor.Doktor tidak dapat mengesan punca pendarahan berlaku..then kena tunggu doktor pakar sakit puan pula..Doktor pakar scan atas bawah,dia kata mungkin kandungan berhenti berkembang tapi dia tidak dapat membaut pengesahan..Dia suh datang lagi 2 minggu..pukul 6.30 petang baru selesai semua.Balik rumah darah dah berkurang..lega skit.
18/3/2014 : Dalam pukul 3 pagi terjaga sebab perut sakit yang teramat sangat.tapi tahan jer ingat ke sebab angin.Bangun pagi dalam pukul 5,pergi tandas ..darah dah keluar mencurah-curah,pastu PLOOOOP!!! Keluarlah segumpal darah.Dalam pukul 8 pagi terus gi hospital..tapi hati memang dah agak ni mmg dah xde rezeki.Sampai di Hospital menunggu bukan main lama..masuk jumpa doktor pakar scan bawah..dan di sahkan keguguran.Hari sama juga dihantar balik kampung untuk berpantang di rumah Mama.


Ibrahnya:
  •  Allah cuba menyedarkanku bahawa semuanya dalam bidang kekuasaanNya..tiada daya upaya untuk menghalany qada` dan qadarnya..
  • Menjadi lebih menghargai erti zuriat..menghargai kehadiran Lubna Al Hafiyya dalam hidupku.
  • Melatih diri untuk bersabar dalam menghadapi ujianNYa.
  • Pengalaman yang mendewasakan .

No comments:

Post a Comment

Followers