Saturday, July 8, 2023

ANUGERAH KE 5

     Pada hari Ahad 29 Januari, baba, Lubna, Wafda dan Bilal dah bergerak balik ke Koyan semula. Harap sangat baby keluar hari ini sbb baba ada di setiu, tapi tiada sebarang tanda-tanda lagi. Thalhah stay dengan mama di rumah nenek stand by untuk bersalin. Petang tu sementara teman Thalhah main kt luar rumah, mama buat exercise sikit untu mudahkan bersalin, jalan itik , squat dan macam-macam la ikhtiarnya. Malamnya start pukul 9 lebih rasa xselesa perut, tapi xteruk..masih boleh menonton tv lagi.Petang tu baba baru sampai Koyan,sambung bz kemas rumah , katil siap untuk mama berpantang. Mlmnya  whastp baba cakap sakit perut tapi bukan nk bersalin lagi kot sikit-sikit jer, sebab ni pengalaman bersalin yang ke-5, mama faham sangat sakit contraction mama sakit yang amat macam mana. Mama sedapkan hati cakap pada baba, tidurlah dulu rehat, okay jer ni.

    Pukul 12, sakitnya makin kerap tapi tak kuat. Serba salah, sebab sakit yang biasa-biasa aja tidak seperti anak-anak sebelum ni. Tapi mama dah mula mundar mandir, dalam menahan sakit yang macam menolak. Tidak gamak nak bagitahu baba, sbb baba baru sampai koyan. Masih boleh bertahan. Nenek tanya pun, mama masih cakap belum contraction lagi rasanya, biasa sakit yang lagi teruk.

    Masuk bilik cubaan untuk tidur, tapi tak berapa nak lega. sakit tu datang dan datang berkala tapi x kuat. Pukul 2 pergi tandas dah ada turun tanda darah sikit. Tidak cuak masih tenang, sebab sakit tak kuat, tapi rasa lebih ada menolak nak keluar , walaupun sakitnya konsisten. Buka apps kiraan contraction, sakit dtg dalam 5 minit sekali tapi kategori mild sahaja, masih boleh bertahan tapi tidak boleh tidur. Cuba bertahan sehingga pukul 4.15, whatsp baba , cakap rasanya dah nak bersalin ni, kalau bangun nanti balik la setiu. Pukul 5 kejut nenek cakap rasanya dah nak bersalin sbb dah turun tanda, tapi nak pergi hospital selepas solat subuh. Nenek bangun urut-urut..Tapi masih keliru, sakit tak kuat seperti contraction yang anak lain.

    Usai solat subuh, ambil beg kelengkapan bersalin, gerak ke HSNZ dengan nenek. Thalhah tinggal dengan atuk dan Tina di rumah. Dalam perjalanan sangat cemas, sebab sangat kuat tolakan seolah-olah baby nak keluar. Sakit contraction xkuat tapi sakit tolakan tu sungguh mencemaskan. Pagi tu, jalan sibuk sama dengan waktu orang nak pergi kerja bila masuk bandar, dengan trafik light lagi. Menjerit-jerit dalam kereta setiap kali rasa baby menolak. Nenek habis zikit, duk ulang sikit lagi nak sampai. Kaki kepit siap-siap sebab betul-betul rasa baby nak keluar. Kena tahan sbb fikir lagi susah kalau terberanak dalam kereta dengan nenek.

     Sampai di HSNZ belum sempat nak habis dafrtar, misi terus tolak naik kerusi roda sbb dia nampak sangat sakit. Misi check jalan dah 7cm lebih, terus tolak ke labor room. Masuk labor room, misi kata kalau rasa nak teran bagitahu, mama kata rasa nak kencing. Misi kata nanti dia masuk tiub. Betul mama blur, sbb tak rasa sakit contraction cuma rasa menolak macam mana rasa nak teran. Misi cakap tak nak cuba teran ke..blur nak jawab.. boleh la saya cuba..cuba 2 kali xjadi okay teran. Saya tak tahu nak teran macam mana, kalau sebelum ni time contraction tu la kita teran tapi yang tiada sakit contraction yang nak support. Misi kata teran macam nak berak, sekali push..

        Alhamdulillah selamat keluar baby boy yang comel diberi nama Hamzah AL Hafiyy tepat jam 8.27 pagi pada 30 Januari 2023. Pakej dah siap berak dan kencing terus lepas keluar perut. Baba tak sempat sampai, jadi misi dan minta tlg Doktor lelaki yang tolong azankan Hamzah. Nenek lah yang bertuah yang dapat tengok Hamzah yang terawal.

    Pengalaman melahirkan yang paling mudah pernah mama rasa, kalau sebelum ini, tuhan saja yang tahu sakitnya. Alhamdulillah selamat semuanya.










No comments:

Post a Comment

Followers