Monday, November 5, 2012

SYUKRAN & TAHNIAH !!!!


Akhir-akhir ini, asyik me`review` jer status2 sedih adik-adik kt FB..dalam diam sebenarnya saya rasa seolah-olah saya sebahagian daripada mereka..i feel the same ..becoz saya terlalu banyak menyibuk, menyemak dalam aktiviti-aktiviti kalian semua... sehinggakan mungkin menyebabkan kalian rasa tidak senang atau sebagainya..tetapi sepanjang saya bersama kalian saya dapat rasakan saya diterima dan dilayan dengan baik sekali..

Mula saya kenal dengan kalian ketika `KAMI` masih lagi berstatus tunang, di bulan Ramadhan di rumah Mirah..waktu itu saya masih malu-malu meow dengan kalian semua..
Sekarang `KAMI`  telah bergelar suami isteri..banyak saya termakan budi dengan kalian..

- selalu sangat menumpang rumah sewa (Khalilah, yana, fatimah,syakirah)
- pernah juga tumpang rumah sewa (ida, umi and da geng)
- pernah juga tumpang  sewa (Marziah ,Yana ngan lecturer)
- pernah juga tumpang sekaki join aktiviti kalian 
(Kadang2 saya tanya suami saya..am I disturbing ur friends?...dia selalu kata jangan fikir macam tu..walaupun hakikatnya saya sangat segan nak join kalian, tapi saya kena join juga,sbb time tu jer masa yang ada untuk `kami` berjumpa..masa dating kami yang selalu bertindan dengan jadual kalian..i`m really sorry,if i`m disturbing ur activities..tapi layan kalian yg baik sgt saya hargai..)


 









Kalau nak letak semua gambar,banyak sangat la..:P ini sahaja la sebagai kenang-kenangan..
Simpan semua kenangan indah dihati..La Tahzan adik-adikku..kerana yang didepan menanti dengan seribu harapan..ada yang bakal bertukar status..Zue Dahman yg sure la..yang len saya x sure.. :) selamat menumpuh alam baru..

Di masa hadapan juga menanti dengan pelbagai cerita yang mungkin lebih indah untuk dikongsikan..simpan semua kenangan ini dalam lipatan sejarah hidup ..sebelum menggeggam sebuah gelaran guru yang terbilang kelak..bersyukurlah kerna kalian terpilih diantara yang terpilih untuk menjadi guru pendidikan khas,kerana hanya  istimewa mampu mendidik yang teristimewa..tugas ini merupakan sesuatu tugas yang mulia yang perlu digalas dengan penuh ikhlas dan amanah.. :) 

Akhir kalam..Syukran atas segala jasa baik kalian..atas kesudian kalian menerima saya isteri Mohd Huzaifi bin Sulaiman sebagai salah seorang yang pernah mengisi ruang hidup kalian..Terima kasih kerana menjadi rakan yang terbaik buat suami saya :) hANYA ALLAH yang mampu membalasnya..Ukhuwwah fiLLAH abadan abada..insyaALLAH :)

Tahniah! kerna telah berjaya menamatkan 5tahun stengah dengan jayanya..selamat menempuh alam kerjaya yang lebih mencabar.. welcome to da club  ;)

~ sayonara`~

P/s: tq silentcrew banyak sponsor gambar..

Tuesday, October 30, 2012

Preparation

Alhamdulillah..24hb Oktober 2011 telah selesai melaksanakan mjlis kesyukuran dan doa selamat utk anak dalam kandungan..majlis kesyukuran dan doa selamat utk kelahiran anak sulong kami.majlis dibuat kt surau kt rmh ibu mertua..ada juadah mee hoon goreng my hubby yg goreng,keropok,karipap yg ditempah dan air teh..

Hari raya haji tahun ni kat rumah mak mertua..makan daging dengan berselera..hehe

Sekarang dah prepare barang-barang baby..baju dah siap basuh dan lipat..yeay! sambil lipat baju sambil senyum2 dgn suami..xsangka kn sayang kita dapat merasai saat ni .ALhamdulillah..


posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2012

Pengalaman hamil pada 5 hingga 8 bulan

5 Bulan: tiada banyak sangat perubahan perut pun baru nak membesar..pergerakan mula dirasai..masa ni jantina pun dah diketahui..tapi semuanya serah kepada yang Maha Mencipta..Bulan ramadhan menjelma..Alhmdulillah semuanya dapat ditunaikan dengan jayanya..dapat puasa penuh..

6 Bulan: kondisi badan rasa semakin sihat..tapi masalah penghadaman yang terganggu..masa ni sambut hari Raya Aidilfitri buat kali ke2 ngan suami tercinta..

7 Bulan: 
Masa lingkungan ini rasa kurang selera makan, dan hanya rasa lebih berselera untuk makan mee jer..perasaan masa ni  lebih kepada rasa cemas apabila masuk 7 bulan..perut asyik meragam jer..asyik memulas-mulas jer..mula la pikir adakah ini rasa nak bersalin..tapi masa hamil 7 bulan ni Alhamdulillah banyak masa dihabiskan bersama suami..sempat celebrate ulangtahun perkahwinan yang ke-2 bersama-sama kat Bukit Tinggi :)   ..pastu ada taklimat KISSM ngan kursus kISSM at Terengganu..Jadi rasa cemas mula redha la,bila ada kat luar..sempat lagi pergi ke Port Dickson bersama clasmate suami.. best :) honeymoon lagi..

8 Bulan : Badan mula rasa sakit-sakit..bisa-bisa..entahlah xterluah..tapi pendam jerla, xnk menyusahkan orang..tahan dan kuat..nak manja-manja tunggu balik rumah manja ngan suami, mama ngna adik beradik.. :) x sabarnya nk balik .. ishk! saya mahu rehat mental dan fikizal..nak ada orang urut-urut badan yang sakit-sakit ni..Kepala pun asyik pening jer,pening sampai telinga jadi bengang..berdengung..badan jadi kebas-kebas macam peredaran darah terbantut..Tuhan saja yang tahu... Semua ini pasti menjadi kenangan indah nanti.. :)

Pergerakan bby semakin aktif..tulang temulang mula membonjol pada perut..kadang-kadang rasa seronok main dengan baby dalam perut...bila dia membonjol,kita gosok-gosok,mula la dia mengendur..sayang semoga semuanya sihat belaka yer..main elok-elok dalam perut mama,mama xtahu apa yang anak mama buat kat dalam tu,tapi baby mula membuat mama terhibur.. :) masa ni mula mengira pergerakan bby bermula jam 9.00 pagi sehingga ke 10 pergerakan seterusnya..

Ya Allah..kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh & solehah..Permudahkanlah segala urusan kami..Lindungila kami :) AMIN YA RABB!

Sunday, October 14, 2012

Kongsi Pengalaman..

Entah kali ke berapa buka blog ni,konon nak buat new post...tp last2 tutup...tiada hati untuk mengarang di akhir-akhir ini..

Tapi memori hari ini cukup menyentuh hatiku ini..



Sebagaimana yg sedia maklum dlm entry dulu sy ada cerita pasal kelas Al-Quran yang saya buat untuk golongan dewasa kt tempat saya mengajar..Sepanjang mengendalikan kelas ini banyak kenangan manis yang saya dapat kongsikan dengan mak cik-mak cik ngn nenek-nenek yang join kelas saya ni.

Saya mengajar mereka bukan nk upah ke apa..memang sekadar berkongsi ilmu dan membantu mana boleh..tapi tanpa diminta mereka semua ni sentiasa bermurah hati,kadang-kadang hampir setiap minggu ada jer buah tangan yang mereka bagi dekat saya seusai kelas mengaji..Antara yang pernah saya dapat, ikan talapia la, sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih apa sahaja yang ada mereka bagi pada saya..Time nak raya dapat pulak biskut raya. Kadang2 rasa serba salah..Terima kasih la atas segalanya..

Kalau tengok kesungguhan mereka hanya tuhan yang tahu..ada salah seorang daripada mak cik ni dah la terpaksa berjalan kaki jauh,then terpaksa mengharung air sungai untuk datang mengaji..kalau time air besar,air kadang2 mencecah ke paras dada..terpaksa tukar baju lain pulak masuk kelas mengaji.. ada seorang nenek@wan bertongkat pun sanggup datang ..Kalu orang tua sanggup bersusah payah untuk mendalami ilmu agama..xterkesan ke dihati orang muda yang badan sihat..??? peluang dapat ilmu depan mata tapi saja je buat2 xtahu dan x ambil tahu..

Sepanjang kelas ngan mereka ni..slot yang paling mencuakkan ustazah yang masih cetek ilmu ni ialah...bila ada yang buka slot "Tanyalah Ustazah"...

"Ustazah,kalau gini2 macam mane.."
":Ustazah Apa hukum...."
"Ustazah,macam mana nak...."

Bila ada jer sesi ni,risau jugak takut ada yang diluar pengetahuan saya..tapi Alhamdulillah setakat ni soalan2 yang diajukan masih dalam pengetahuan saya..yerla walaupun gelarannya ustazah x semuanya saya tahu..kerna saya juga manusia biasa..

Hari ini merupakan kelas yang terakhir untuk tahun ni ..InsyaAllah..sebab pasni saya dah mula nk cuti bersalin..

Jadi hari ni sebelum habis kelas saya bersalam dengan mereka semua.. saya minta dihalalkan semuanya apa yang telah saya ajar, takut ada yang terkurang sepanjang kelas berlangsung,sepanjang tahun ni..

Part yang paling sedih dua orang mak cik ni pangkat nenek la ngn saya..menanges...Saya pun  mula la sebak jugak..Ya Allah ..betapa mereka menghargai kehadiran aku di sini..mereka buat saya terharu..

Jauh di sudut hati ku "Duhai murid-muridku yang dewasa, sesungguhnya yang aku jalankan ini adalah sememangnya menjadi tanggungjawabku..semoga apa yang dipelajari bermanfaat untuk kalian...insyaAllah..panjang umur tahun depan kita jumpa lagi..hanya doa-doa dari kalian aku harapkan..Ya ALLAH rahmatilah mereka..kerna mereka mencintai ilmu mu."

Mungkin ini hikmahnya aku dihantar posting ke sini...kerna takdir mahu menemukan aku dengan mereka-mereka yang dahagakan ilmu agama..

Pengajarannya :

Hai golongan  muda yang diluar sana ...banyak pusat-pusat yang menyediakan tempat untuk menambahkan ilmu agama kalian..jadi rebutlah peluang sebelum terlambat..Di sini (pedalaman) memang agak payah nak dapat peluang sebegitu,tapi mereka masih lagi cuba mencari ruang dan peluang yang ada untuk belajar sebelum ajal tiba..

Buat junior-juniorku bakal-bakal ustaz ustazah perlengkapkan ilmu di dada,sebelum dicampak ke mana-mana bumi bertuah untuk kalian nanti..dan bersedialah untuk menyebarkan ilmu yang kalian miliki..InsyaAllah..diberkati..Lillahi Taala.. :)

Thursday, August 9, 2012

Jantina Anak Pertama Kami.. :)

Semalam sebelum tidur duk berfikir dan mengenangkan suami tercinta...terfikir kenapa dia macam tu?kenapa dia xpernah merungut..kenapa dia x nampak pun terbeban..walaupun sekarang dia sedang menempuhi klimaks dalam mencapai segulung ijazah iaitu proses siapkan tesis..

Dalam sibuk buat tesis..Dia masih sempat carikan baju raya untuk saya,belikan barang-barang baby..nak belikan biskut raya lagi..buat itu..buat ini..hantar saya ..ambik saya..dia betul-betul kuat..kalu saya imbas kembali masa saya nak siapkan tesis dulu, masa time dekat nak kenduri kahwin..banyak stress,buat sambil nanges2..yerla orang lain leh relax lagi,kita awal2 da bertungkus-lumus siapkan sbb masa banyak dihabiskan untuk urusan kenduri..

Semalam rasa terharu pulak bila dapat sms dari dia..

"Ayg nak baju raya lagi tak?"

Dalam hati ni sempat lagi dia pikir pasal nak tambah baju raya saya sedangkan baju raya sendiri pun dia x beli lagi..dengan duk bz buat tesis,sempat lg pikir baju rayaku..

Balik dari sekolah on Fb tengok status suami:
"lelaki penuh dengan tanggungjawab.. namun ianya tetap bukan bebanan... mood xsabar nk ada tanggugjawab baru :)"
Macam tahu-tahu jer abg ni apa yg difikirkan aku semalam....Alhmdulillah..semoga dia sentiasa menganggap kami sebagai tanggungjawabnya bukan bebanannya.. :) kerna perkahwinan bukan sekadar merealisasikan cinta,tapi semuanya adalah berlandaskan tanggungjawab dan amanah yang besar dari Allah...ke arah membina sebuah keluarga yang sakinah dan mawardah menuju ke Jannah..
OH...asyik lari tajuk jer kan... lalala..
Tadi pergi check up kandungan..
*Berat 47.6
*FBC & FBM Blood Test
*HB 9.1 rendah.. :(
*scan baby :
Doktor: (Mengukur saiz baby) Baby sihat,normal..
Saya :Alhmdulillah.
Doktor: Awak nak tahu jantina ke ?
Saya: Nampak ke?Kl nampak nak la tahu..
Doktor: Anak awak baby _______________.
Saya: (Tersenyum lebar)
#Sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri tau..
Excited sgt bile da tahu jantina ni,makin x sabar rasanya nak tengok wajah cinta hati kami ni..tapi orang cakap jgn trust sgt scan ni sbb kadang-kadang leh jugak x berapa tepat...tapi kan..sekurang-kurangnya dah dapat klu..janji bby sihat.. :)
 

Saturday, July 28, 2012

Kerna Aku Juga Ingin

Menghabiskan hujung minggu di ulu ,memang tiada apa sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh kami guru-guru wanita...Kalu guru lelaki mereka lebih gemar pergi memancing,mandi air terjun dan macam-macam lagi(tapi bulan puasa x de lah)...Kekosongan aktiviti harian menyebabkan fikiran & emosi semakin tidak keruan.

Ya...sudah semestinya..aku juga ingin ...Aku ingin merasa yang sama seperti ibu mengandung yang lain..

Bila berkongsi cerita-cerita pengalaman mengandung dengan kaum-kaum ibu yang lain.Aku seronok bercampur cemburu dengan peluang yang mereka nikmati..kerna aku juga ingin..

#Ada bercerita setiap malam sebelum tidur ada suami yang mengurut kaki mereka,..yer,bila bulan semakin meningkat kandungan semakin membesar badan mula sakit-sakit..kaki cepat aje lenguh,nak-nak bila malam menjelma ..mungkin kerna cuaca malam yang sejuk..

#Ada yang bercerita ,seronok bila bby tendang,gerak-gerak dalam perut suami diorang excited mengusap perut,bercakap dengan baby dalam perut..
.
#Ada yang bercerita, tiap-tiap bulan pergi klinik check perut bersama suami..

#Ada juga yang bercerita,suami dia masakkan untuk dia kerna dia dah xlarat nk masak..

Aku juga teringin merasakan yang sama, dilayan yang sama seperti ibu mengandung yang lain...namun jarak yang menghalang untuk aku merasakan itu semua..

Teringat pertanyaan mama bila aku cakap,aku dah bersedia untu pregnant..
Mama:Sanggup ko k.ida nak ngandung duk jauh-jauh gtu dari p? bukan senang kl alahan teruk-teruk..
Long:(Versi menyampuk)biar la dulu,payah g sekolah naik-naik bot,nak ngandung..nanges sore la duk ulu nung..
Aku: Takpo,nok jugop..

Itulah sebabnya bila ruang waktu berjumpa suami yang lazimnya hanya 3hari 2 malam  aku gunakan betul-betul untuk cover semua masa 2 atau 3 minggu yang hilang begitu sahaja ketika kami berjauhan..Oleh hal itu juga,ketika berjumpa dengan suami aku menjadi lebih sensitif dan terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang xperlu nak sedih pn..aku menangis ..bukan sebab aku tamak,tapi aku juga ingin merasa yang sama...Orang kata normal kalau ibu mengandung itu sensitif sebab perubahan hormon dalam badan mempengaruhi emosi..tapi mesti teramat lah normal jika ibu mengandung yang jauh dari suami untuk menjadi lebih sensitif berkali-kali ganda kan...??


Aku dapat merasa semua itu tapi hanya melalui handphone..Jadi bila melalui hp,aku juga mengharapkan perkara yang sama..

contoh:
ummi:Abg,ayg lenguh sangat kaki ni... :(
abi:meh abg urut syg..cian kt ayg..

walaupun aplikasinya tidak sama,tapi perhatian yang diberikan pun sudah cukup mengubat keperitan seorang ibu yang mengandung ..yup!bila berjauhan begini,kata-kata yang prihatin lebih berkesan di hati..Itulah shj yang kami mampu :)

Namun ,bila difikir-fikir aku patut lebih bersyukur kerna walaupun berjauhan tapi aku masih punya suami,walaupun jauh,,tuhan memberikan aku anugerah untuk merasai nikmat untuk menjadi ibu..jadi ini semua bukan satu rungutan,tapi sebuah luahan hati seorang ibu mengandung yang ingin berkongsi pengalaman dan rasa..serta untuk disimpan sebagai sebuah pengalaman hidup yang bermakna..

tapi bila direnung balik..dah masuk 6bulan pregnant dan aku mampu hadapi semua ini sampai hari ini..jadi AKULAH SEORANG IBU MENGANDUNG YANG BERDIKARI...!!!lagi GAGAH PERKASA! ngeh3x.. :) konon..

Thursday, July 19, 2012

Minum Air Gula

Hari sebagaimana hari yang telah ditetapkan,terkedek-kedek ibu yang mengandung 5 bulan ni berjalan kaki ke Klinik..Al-maklumlah kampung ni jalan raya pn xtiada,jd tak kan la sy nak naik kereta Alphard saya tu kan..kereta Alphard tu campak jer dalam sungai..Aigoo..

Macam yang diarahkan oleh nurse la,malam hari sebelumnya kena jaga makan,and puasa start pukul 10am..pagi just mkn kuih seketul,tengah hari minum air masak jer..petang pukul 5 makan nasi dengan kuantiti yang sangat sedikit..mlm makan biskut atawar sekeping..sepanjang hari tu minum air jer sampai nak buncit..hehe!sebagaimana yang telah disarankan oleh Dr.Fakhry suami Husna,and Nana..and Budin..lala..and Tehah yang sudi berkongsi rasa..

Sampai lebih kurang pukul 8am kt klinik,then trus ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..Alhmdulillah..3.8..normal..minum air gula satu mug yg sangat best tu...sampai tahap nak muntah..no!!! xnk dah minum lagi..lepas minum bby dlm perut makin aktif berkarate...cian bby..

Sepanjang 2 jam duk kt klinik sementara nak tunggu result.....tidur jer kat kerusi nurse tu nak berjalan balik semula ke sekolah memang x larat..kesan minum air gula tu kepala berdenyut-denyut...pusing..pening...

>>>>>>>2 Jam pun berlalu pergi..

Ambik darah lagi..resultnya...oH no!!!..11.9 tingginya...nurse tu mula ragu..dia kata xlogik la...dia pun guna mesin test yang kedua..resulnya 5.3..aiks?? kenapa lain...dia kata tak pernah dia dapat result yang berbeza gini ,biasanya sama jer dua-dua mesin..dia belek-belek dia punya mesin..rupanya menda alah yang tempat titik darah tu dah expired..jadi ..

yang mana satu expired???!!!..

Alhmdulillah..yang expirednya yang tinggi bacaannya tu..jadi kandungan gula dalam darah saya 5.3...normal..dan selamat..dari BSP...syukur Ya Allah,tidak sia-sia menggantung harapanku padaMu dalam setiap Tahajjud ku...


Tuesday, July 17, 2012

Kenapa ???

Hari ni, ada appoinment di Klinik untuk check-up kandungan dan minum air gula( uji kandungan gula dalam darah)..

Sebelum datang appoinment  nurse ada pesan sy perlu puasa start pukul 10 malam sehari sebelum pergi minum air gula..dan jangan makan makanan manis seperti buah mata kucing..dan kurangkan makan..ok..Faham!

Sebagaimana hari yang dijanjikan hari la,dalam mood puasa pukul 8 am dah terpacak kt Klinik..masuk then trus kena ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..normal 4.6 jer Alhmdulillah..then

Check hb ,ambik darah lagi...
Cucuk vaksin ATT kt bahu.(vaksin ni,.sbb bby dah mula bergerak...)sakit sangat rasa macam kena tulang..ishk!mungkin sbb dah lama x kena cucuk..tu yang sakit tu..lepas check up

.>>>>>>>>>>>>>>byk perlu dirahsiakan utk kepentingan bersama>>>>>>>>>> then bincang-bincang dengan nurse ...

nurse:Apa yang awak makan semalam?
me:nasi..kurma...
nurse:banyak ke?
me:nasi saya makan bertambah tp skit jer xbyk pn..kurma 3 biji ..
nurse:patut la(patut la ape biar la rahsia jugak).. ..kurma xleh makan, sangat manis..byk gula..nasi tu sure la kena makan sikit jer..kan dah pesan makan sikit jer...
me: *feeling down*

Pastu x jadi la minum air gula(  kan teacher yana kan???)..


Then nurse kata kena puasa semul mlm Rabu ni..dtg semula ke klinik utk minum air gula  pada hari Khamis...upset.. :(

Kenapa ibu mengandung pun kena jaga-jaga makan? dah la time ni selera memuncak ,semua menda terliur..roti atas meja pun terliur,buah-buah dalam peti ais pn terliur,roti canai segera dalam peti pun duk melambai-lambai,bubur butir nangka pn memanggil-manggil..nasi pn kena kurangkan portion pengambilan...sedangkan saya nak makan banyak..saya lapar..ishk!!!! sampai hati....xtahu nk kata sampai hati kat siapa???..ishk!

Jadi sepanjang balik dari klinik hari ni saya banyak menahan rasa lapar saya,banyakkan minum air masak jer..rasa malas nk ckp ngn siapa-siapa...ishk!!!!kesian kt sy..tp sy lagi kesian kat bby sy..

(Menangis dalam menahan selera + lapar)..Hanya Tuhan yang tahu bila ibu mengandung rasa lapar..

Maghrib ambil quran baca surah Ar-Rahman untuk memujuk hati.."Nikmat Tuhan yang manakah yang ,kamu dustakan"...sekurang-kurangnya bersyukurlah wahai diri,tuhan telah mengurniakan kepada ku zuriat yang ku diidam-idamkan selama ini..Astaghfirullah..Alhamdulillah..

Belek-belek lagi surah Al-Insyirah: Baca Tafsirnya:

  1. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  2. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  3. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Setiap kesulitan ada kemudahan...banyakkan bersabar ...banyakkan berdoa...
  

For Dinner: Makan nasi sikit jer+sup+sayur yang mmg banyak nk cover lapar...= Tahan Selera Makan..*Suffer*..tapi sy kena positif,kawan-kawan serumah (rumah ke asrama?) pn banyak memberi sokongan pada sy.. 
Sayang Yana+Cik Yam+Farah+E-han..deeply from my heart

Result Test..Insyaallah akan update Khamis ni kalau sy rajin la..doakan yang terbaik utk saya dan anak..tapi yang pasti semuanya pasti ada hikmah dariNya..






Monday, July 16, 2012

Suntikan Ketika Berpuasa


Hasil pencarian...nk share dengan kawan-kawan semua..
Suntikan di siang hari Ramadan ada dua macam:
  1. Suntikan nutrisi (infus), yang bisa menggantikan makanan dan minuman. Suntikan semacam ini membatalkan puasa karena dinilai seperti makan atau minum.
  2. Suntikan selain nutrisi, seperti: suntik obat atau pengambilan sampel darah. Suntikan semacam ini tidak membatalkan dan tidak memengaruhi puasa, baik suntikan ini diberikan di lengan atau di pembuluh. Hanya saja, jika memungkinkan, sebaiknya suntikan ini dilakukan di malam hari, dan itu lebih baik, sebagai bentuk kehati-hatian ketika puasa.
Syekh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya tentang hukum suntikan di pembuluh atau lengan pada siang hari di bulan Ramadan; apakah membatalkan puasa?
Jawaban beliau, “Puasanya sah, karena suntikan di pembuluh tidaklah termasuk makan atau minum. Demikian pula suntikan di lengan, lebih tidak membatalkan lagi. Akan tetapi, andaikan dia mengqadha puasanya dalam rangka kehati-hatian maka itu lebih baik. Jika hal ini diakhirkan sampai malam ketika butuh maka itu lebih baik dan lebih berhati-hati, dalam rangka keluar dari perselisihan pendapat dalam masalah ini.”
Dalam Fatwa tentang Puasa (hlm. 220), Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan jarum suntik di urat maupun di pembuluh.
Beliau menjawab, “Suntikan jarum di pembuluh, lengan, maupun paha diperbolehkan dan tidak membatalkan puasa, karena suntikan tidaklah termasuk pembatal dan juga tidak bisa disamakan dengan pembatal puasa. Sebabnya, suntikan bukanlah termasuk makan dan minum, juga tidak bisa disamakan dengan makan dan minum …. Yang bisa membatalkan puasa adalah suntikan untuk orang sakit yang menggantikan makan dan minum (infus).”
Lajnah Daimah (Komite Tetap untuk Penelitian Ilmiah dan Fatwa) ditanya tentang hukum berobat dengan disuntik saat siang hari Ramadan, baik untuk pengobatan maupun untuk nutrisi.
Mereka menjawab, “Boleh berobat dengan disuntik di lengan atau urat, bagi orang yang puasa di siang hari Ramadan. Namun, orang yang sedang berpuasa tidak boleh diberi suntikan nutrisi (infus) di siang hari Ramadan karena ini sama saja dengan makan atau minum. Oleh sebab itu, pemberian suntikan infus disamakan dengan pembatal puasa Ramadan. Kemudian, jika memungkinkan untuk melakukan suntik lengan atau pembuluh darah di malam hari maka itu lebih baik.” (Fatawa Lajnah, 10:252)
Sumber: www.islamqa.com
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah).


Pendapat pertama: Semua perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga (lubang) badan, seperti mulut, hidung dan telinga membatalkan puasa, sama ada terus masuk ke dalam usus atau tidak dan sama ada makanan atau bukan makanan, cecair atau bukan cecair. Kitab-kitab yang ditulis dalam mazhab Syafie seperti Perhimpunan Ibadat karangan Ahmad Sonhaji jelas menyatakan perkara itu membatalkan puasa.
Berpandukan pendapat ini, semua suntikan termasuk insulin, ubat-ubatan, glukos dan lain-lain sama ada ia dimasukkan terus ke dalam usus, kepala atau ke dalam darah, hukumnya membatalkan puasa. Pihak yang terlibat hendaklah mengqada puasanya atau membayar fidyah mengikut hukum yang ditetapkan.
Jika tuan memilih pendapat ini, maka puasa tuan batal kerana pengambilan suntikan itu, tetapi tuan diharuskan berbuka awal-awal lagi dengan alasan sakit, kemudian dikehendaki mengqada atau membayar fidyah, sebaik sahaja selesai Ramadan, iaitu jika tuan dikurniakan sihat dan afiat, atau membayar fidyah jika tuan terus uzur.
Pendapat kedua: Suntikan insulin atau ubat-ubatan seperti suntikan demam kepialu, kolera dan lain-lain tidak membatalkan puasa kerana suntikan itu tidak dianggap makan dan minum dan tidak pula menyerupainya. Makan minum menurut mereka ialah mengambil bahan-bahan berupa makanan, melalui mulut dan ditelan hingga terus ke usus atau rongga.
Suntikan insulin dan ubat-ubatan tidak dikatakan makan atau minum kerana tidak melalui mulut dan tidak pula dibawa terus ke usus. Bagaimanapun, menurut Syeikh Atiyyah Saqr, pengerusi Majlis fatwa Azhar, suntikan glukos membatalkan puasa, kerana suntikan ini menyerupai makan minum. Glukos yang disuntik itu pula berfungsi seperti makanan dan mampu menahan lapar hingga beberapa waktu. Keterangan doktor dalam perkara ini perlu dirujuk.
Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang ilmuwan dan mujtahid terkini, lebih cenderung kepada pendapat tidak membatalkan puasa kerana suntikan glukos hanya menghubungkan terus dengan darah tanpa melalui usus. Ini bererti suntikan glukos dan lain-lain suntikan perubatan termasuk juga insulin tidak dikategorikan sebagai makan atau minum dan sekali gus tidak membatalkan puasa.
Bagaimanapun, menurutnya lagi, bagi mencapai kesempurnaan puasa, seorang muslim tidak sepatutnya mengambil semua suntikan ini terutama suntikan glukos ketika menjalani ibadah puasa. Mereka boleh mengubah jadual pengambilan suntikan pada waktu malam atau mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Jika suntikan terpaksa juga diambil pada siang hari kerana penyakitnya agak serius, maka sebagai seorang pesakit dia diharuskan berbuka. Jika keadaannya bertambah sihat selepas Ramadan, hendaklah dia mengqada semua puasa yang tertinggal. Jika terus uzur, bolehlah dibayar fidyah iaitu mengeluarkan makanan untuk sekali makan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Sunday, July 15, 2012

Berhati-hati dengan rakan FB anda..

Minggu lepas bila on fb ada orang yang tidak dikenali sapa melalui fb chat...bertanya yang bukan-bukan pasal rumahtangga...

Hari ini orang yang lain menggunakan kaedah yang sama melalui chat...nama fb dia NORI DASITI ...mengakui dirinya sebagai Kak Siti kononnya..katanya kawan satu maktab..ok cuba recall balik..oo..ni maybe k.siti kelas Math ni..
ok fine..layan la chat ngan dia..dengan anggapan k.siti yg kt maktab tu..tp makin lama ,makin pelik soalannya sampai tanya hal-hal First Night.
.
.Hello!!!! kak siti yang sy kenal kt maktab tu alim,warak,solehah orangnya...mula syak..orang ni bukan kak siti tp just guna nama orang untuk bercakap benda-benda x senonoh itu.
Ada banyak kemungkinan:

1)Kemungkinan dia main taram jer  nama siti sbb kt mane2 pn kemungkinan orang nama siti ramai..
2)Kemungkinan jugak dia dengan niat sengaja nk memburukkan nama kak siti..
3)Kemungkinan dia ni memang ada mental problem.
4)Kemungkinan dia ni lelaki menyamar jadi perempuan
5)Kemungkinan juga dia ni lesbian... (Teringat suatu ketika dahulu pengalaman diganggu cintai seorang lesbian ,ish!!! tolongla meluat tau dengan ayat romantik bagai sesama perempuan ni..sayang rupa bukan main cun,tapi minat kaum sejenis..harap dia telah insaf.


.
.

so watch out !!! awas!!! berhati-hati!!!




















Kami memang " OOO-some "(awesome)

Salam..lama rasanya x menjenguk blog ni..sebelum masuk tajuk yg kt atas tu...sy nak larikan dulu tajuk ni dulu ..boleh?...hehe.bby dah 21minggu,dah rasa gerakan bby dalam..kaki terasa sakit-sakit..seluruh badan dah start lenguh-lenguh...

13 Julai 2012: Check up ngn doc untuk kali ke-3.

Result: hb makin rendah 9.9..
Berat :Naik 1 kg (46.3kg)..

Isnin malam dinasihatkn untuk puasa,sebab hari Selasa kena minum air gula untuk check kencing manis positif atau negatif..


________________________________________________________________________

Kembali pada tajuk asal..apelah yang "OOO-some" sgt tu kan?..

Sepanjang hayat hidup 25 tahun ni,baru tahu rupanya darah saya jenis O..Excited sgt bila tahu darah sy darah O ,sbb suami sy pun darah O...Rasa awesome la..sbb bab jenis darah pun kami berjodoh..lala..


Monday, June 25, 2012

Alahai! Alahan..

Hari ini nak buat kesimpulan dia 4 bulan pertama kehamilan..

1 - 4 Minggu: tiada rasa apa-apa pun...mengandung pn xperasan...cuma kekadang agak kepenatan as usual..

5 - 8 Minggu : Nikmat makan yang ditarik... makanan berkuah memang xleh nk telan..lauk2 kering macam sambal ikan bilis,ikan masin boleh la..then plus kicap sikit bagi selera...

9 - 12 Minggu : Kerap ke tandas jer..perut yang sentiasa berangin..selera makan kembali pulih..Alhmdulillah..tapi gatal mata xhengat...menggaru+tenyeh mata =sampai merah menyala semangat waja..Ada orang ingat ustazah ni menangis ,padahal sedang merana dengan kegatalan di sekitar  mata..

13 -16 Minggu : Gatal mata dah hilang..
Mungkin ni jugak dipengaruhi oleh perubahan hormon dalam badan...

Pastu kepala asyik pening macam nak pitam jer...jd lebih banyak la berehat..bila time cuti mujur ada pulak suami tercinta yang rajin memicit kepala..rajin lipat kain...rajin ambik itu dan ini...rasa kurang la sikit beban ..bestnya kalu tiap2 hari dapat menghabiskan hari-hari indah dengan dia.. I WISH!!!!... entah bila la agaknya kan... doakan jer la...


Walaupun macam perit tapi semua itu adalah nikmat yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu... :) Alhmdulillah...diberi nikmat yang berharga ini...


Wednesday, June 20, 2012

Rindu

Bila mula cuti yg panjang hati berbunga2..tp bila hbis cuti hati mula resah,hiba,sayu..hari masa cuti sekolah pertengahan tahun bz ngn kenduri kawen adik..jd pergi honeymoon mane2 la..juz pergi tmpt rekreasi yg berhampiran je..pergi mandi sungai..berkayak..simple but fun bl habisln masa bersam family..

Tiba je time hbis cuti sekolah...2,3hr sblm g sekolah pn drama air mata ku dah bermula..mangsanya suami la memujuk hati isteri..sejak mengandung ni hati makin berat utk jauh dr hubby..

Sesampainya di sekolah maka bermula la sesi pjj kami...merana jiwa..rasanya air mata ni asyik bergenang jer..rindu ada suami disisi..yg tolong buatkan susu..picit2 kepala bl pening..yg pandai pakaikn celak utk sy bl nk kuar jln2..byk menda yg sy rindukan pd dia..pdhal 5hr je pn..

5hr kemudian my hubby dtg kt tmpt sy mengajar..seronok bkn main..rasa terubat rindu..walaupun chalet tmpt kami tinggal tu panas amat..tp tetap best bl ada dia disisi..bila duk di sini maklumlah kawasan pdalman..tiada tmpt yg best utk kami lepak..jd lepak kt chalet aje la..rupanya bl kita tinggal berdua pastu bebas dr sebarang komitmen dunia..rasa mcm heaven...nl bosan kami dah jd mcm kanak2 ribena..siap main osom lg..pastu lawan main game kt hp..happy!!!

After 3hr 2mlm..hubby pn berangkat pulang..sedih...huhuhu..tp mujur ada kain pelikat yg dia gunakan utk solat..dia tggal utk sy utk ubat di kala rindu..dan nampaknya formula ini sedikit sebanyak berjaya.. :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 12, 2012

My picture



Ni masa usia 15minggu..smoga menjadi anak yg soleh solehah..masa scan ni first time kami dpt tgk bby sama2..seronok dpt tgk dia melambai2..menggerakkakn jari jemari..dengan kaki lurus bersilang..mmg ada gaya.. :) xsbr menunggu kehadiranmu..permudahkn urusan kami..amin

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 25, 2012

Makanan tambahan

Tadi suami kol tanya pasal ubat yg dapat kt klinik hari tu ..

Tara ni la ubatnya :)


-garam iodin
-B-complex
-asid folik
-vitamin c
-zat besi

Tambahan sendiri
-kurma
-kismis
-susu anmum

posted from Bloggeroid

Monday, April 23, 2012

Buat buku

Alhamdulillah..hari ni selesai sesi buat buku kt Klinik Kg Bantal bersama Kak Ju..
Pergi pukul 9.45 selesai pukul 11.00 lama jugak kn...sampai berkeroncong perut ni..

-maklumat ibubapa
-check darah
-check air kencing
-check perut
-timbang berat
-ukur tinggi
-nasihat pemakanan

Nasihatnya tambah lg berat badan..sbb berat sy 43kg..kurang dari 45kg... :)

TaraAaa..Ni la buku merah sy.. :)


posted from Bloggeroid

Tuesday, April 17, 2012

Hadiah Dari Langit :)

Subhanallah..Alhamdulillah..La ilahaillallah..Allahuakbar..
Hanya kata-kata pujian mampu disembahkan kepada yang maha Agung ..
Tiada daya,tiada kekuatan yang mampu hamba lakukan tanpa kekuasaanMU ya ALLAH..Semuanya milikMu ya ALLAH..

Memang sejak akhir-akhir ini,rasa sangat tidak enak badan+pening-pening+loya+berangin-angin jer...emosi sangat tidak stabil...tapi langsung tidak diduga akan mendapat rezki dariNya.

15-17 Mac 2012
Sempat pergi pulau Redang +Perhentian dengan geng ex- JPP IPIK  suami...Bayangkan masa banyak aktiviti lasak yang kami lakukan bersama..naik bot tu memang la melambung-lambung ala-ala naik rollercoaster..pastu masa ni asal lepas snorkling jer muntah-munta..ingat ke mabuk laut...rupanya waktunya kandungan dan berusia sebulan@4minggu...subhanallah..alhamdulillah..Engkau lindungi benih kami..
 
Then balik dari pulau..semakin hari semakin teruk rasa kondisi badan..xleh nk makan ,hilang selera..tap ingat ke mungkin sebab hormon xstabil kot..emosi plak xbetul jer..

6 April 2012
Sambut birthday kt sekolah jer..tapi terharu dengan hadiah dan kad ucapan dari murid-murid semuana xhenti-henti wish semoga ustazah cepat dapat anak..hanya mampu meng`aminkan dengan penuh penghayatan..

11 April 2012

Disebabkan malam sebelumya sangat tidak larat,jadi nekad nk buat UPT..Terperanjat ..kelu..mengigil tengok hasilnya.. POSITIF..Ya Allah..syukur Alhamdulillah ..tapi masih xpercaya.Then tanya kawan2 satu rumah menangis...terharu terkejut...entah la ..



13 April 2012
Pergi ngn suami check kt Klinik Afiah..Alhmdulillah .."Tahniah,puan Wan Nor da mengandung 8 minggu"..

Kami suami isteri tengok sesama sendiri...blur...terkesima..Doktor tu tany xgembira ke?Hooray?...

Sy jawab mestilah gembira..hanya mampu senyum :)


Ya Allah semuanya terserlah dengan penuh hikmah..setelah 1tahun 6 bulan  penantian yang disusuri dengan penuh kesabaran ..akhirnya dihadiahkan dengan cara yang cukup halus dan indah di bulan  kelahiranku..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Segala pujian hanya pada MU...

Friday, April 6, 2012

Happy Birthday to Me :D

Alhmdulillah sudah 25tahun Allah memberi peluang untuk diri ini terus bernafas di muka bumi milikNya ini..Perasaan seakan bercampur baur gembira dan duka..Duka kerana nampaknya hayat ku untuk menuju dunia kekal abadi semakin hampir...cukup ke amalan ni...Ya Allah semoga hayat ini dpt dihabiskan untuk beribadat kepada MU.. AMIN..

Tiap kali sambut ulangtahun kelahiran,hanya wajah seorang insan yang ku sayangi terbayang di mata ini..Mama....


Pagi tu sy msj mama:

salam.mama ,trimo kasih byk2 kerna telah melahirkan dan membesarkan kak ida..jasa mama xmampu dibalas dgn wang ringgit..Mama,25tahun doh umur k.ida..hehe! k.ida syg mama.:)


Mama reply:
Selamat Hari jadi k.ida semoga dipjgkan umur dimurahkan rezeki ,cepat dapat baby..sayanggggg kak ida...


Rasa bahagia bile baca msj dari mama... :D

Slama ni bila tiap kali birthday blik jer dr Maktab mama peluk cium dan ucap birthday...walaupun xsama mcm dulu,rasa indah tetap terasa dikejauhan ini..bila dgr lagu Maher Zain NUmber one for me...buat k.ida rasa lagi rindu..lagu ni untuk mama..

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me
 
(bila teringat betapa excitednya mama baru dpt  lesen memandu kereta..lepas dapat lesen  baru nk blajar guna hp...harap mama suka dgn hp k.ida bagi tu...dgn tu dpt la kita main sms..hehe..dlu bukan main xsuke hp..skrg..amboi dgn hp jer 24jam..dah pandai guna kan... ) 
 
#Bersyukur dikurniakan ibu seperti Mama yang sgt2 sporting,memahami dan penyayang... :)
 
Tidak dilupakan juga sms ucapan yang istimewa yang dihadiahkan oleh suami tercinta :
 
"Sanah Helwah buat isteriku tercinta WAn NOR sHAHIDA  ..seorang isteri yg comel dan begitu sempurna disisi abg..sempena ulang tahun kelahiran,abg harap hubungan kita makin mekar..mudah-mudahan ayang sentiasa dimurahkan rezki..."

Trima kasih atas semua ucapan :)
 
 

Thursday, April 5, 2012

Not in the good mood

Rasa nk diam je..xnk ckp ngn sesiapa..
Rasa nk rehat spjg masa..
Rasa nk tidur xnk bangun..
Rasa dunia diselubungi kegelapan..

Oh god..help me..
Give back me as myself.. :,(

tanpa sbb dgn jiwa kacau jer akhir-akhir ini..sy msj suami tercinta:
#Langit tidak selalu cerah..

Dia reply my mesej dgn cukup indah dan bermakna..
#Langit tidak selamanya gelap.... :)

Msj dia buat sy rasa kuat...

Kepada sila kembali normal...

posted from Bloggeroid

Sunday, April 1, 2012

Perkongsian ilmu

Pada 24.3.2012,bermulalah kelas al-quran utk muslimat kg.Bantal..seronok rasanya dpt bkongsi ilmu yg sdikit ini kpd penduduk kg..

Sejak mula mjejak kaki ke kg ini lg..niat telah dipasang utk mengadakn usrah utk golongan muslimat kg..peluang pelawaan org kg utk menjadikn diri ini guru al-quran mereka disambut dgn hati yg terbuka..

Perjalanan Kelas
#pukul 3 pm
#di surau Sk Ulu Tembeling

Semoga sgalanya diberkati..kerna diri ini yakin sebaik2 ilmu yg paling besar manfaatnya adalah mengajarkn tentang ilmu al-quran..
:)

posted from Bloggeroid

Saturday, March 24, 2012

Honeymoon lg..

15-17 mac 2012..pulau perhentian,pulau redang,pulau lang tengah..tggu gambar 4 da next post..still in progress . :) unforgetable moment..

posted from Bloggeroid

Haiwan baru???

Br2 ni sempena ppd cameron highlnd lawat sekolah..kami slaku tuan rmh telah menyediakan mknan tghari utk mereka..

(Menu)
*gulai lemak ikan lawang
*gulai ikan tilapia
*sayur goreng
*banteng masak kicap
*sambal belimbing buluh
*air sunquick
*tembikai

Semua menu di atas pernah sy mkn kecuali daging banteng tu..menurut penyelia asrama Mr Zul boleh didefinasikn sbg nk kata lmbu bkn lembu , nk kata kerbau bkn kerbau..nk kata seladang bkn seladang..

aish! Rumit bebenor definisi ini..try la google..korang akn kenal haiwan tersebut..kt zoo pn ada..bl korang pasti korang definisikn mcm kt ats tu jugak...

Rasa daging ok la not bad.. :) ni la tuah duk ulu tembeling..

posted from Bloggeroid

Testing

Blogroid..:)

Thursday, March 22, 2012

Followers