Tuesday, October 30, 2012

Preparation

Alhamdulillah..24hb Oktober 2011 telah selesai melaksanakan mjlis kesyukuran dan doa selamat utk anak dalam kandungan..majlis kesyukuran dan doa selamat utk kelahiran anak sulong kami.majlis dibuat kt surau kt rmh ibu mertua..ada juadah mee hoon goreng my hubby yg goreng,keropok,karipap yg ditempah dan air teh..

Hari raya haji tahun ni kat rumah mak mertua..makan daging dengan berselera..hehe

Sekarang dah prepare barang-barang baby..baju dah siap basuh dan lipat..yeay! sambil lipat baju sambil senyum2 dgn suami..xsangka kn sayang kita dapat merasai saat ni .ALhamdulillah..


posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2012

Pengalaman hamil pada 5 hingga 8 bulan

5 Bulan: tiada banyak sangat perubahan perut pun baru nak membesar..pergerakan mula dirasai..masa ni jantina pun dah diketahui..tapi semuanya serah kepada yang Maha Mencipta..Bulan ramadhan menjelma..Alhmdulillah semuanya dapat ditunaikan dengan jayanya..dapat puasa penuh..

6 Bulan: kondisi badan rasa semakin sihat..tapi masalah penghadaman yang terganggu..masa ni sambut hari Raya Aidilfitri buat kali ke2 ngan suami tercinta..

7 Bulan: 
Masa lingkungan ini rasa kurang selera makan, dan hanya rasa lebih berselera untuk makan mee jer..perasaan masa ni  lebih kepada rasa cemas apabila masuk 7 bulan..perut asyik meragam jer..asyik memulas-mulas jer..mula la pikir adakah ini rasa nak bersalin..tapi masa hamil 7 bulan ni Alhamdulillah banyak masa dihabiskan bersama suami..sempat celebrate ulangtahun perkahwinan yang ke-2 bersama-sama kat Bukit Tinggi :)   ..pastu ada taklimat KISSM ngan kursus kISSM at Terengganu..Jadi rasa cemas mula redha la,bila ada kat luar..sempat lagi pergi ke Port Dickson bersama clasmate suami.. best :) honeymoon lagi..

8 Bulan : Badan mula rasa sakit-sakit..bisa-bisa..entahlah xterluah..tapi pendam jerla, xnk menyusahkan orang..tahan dan kuat..nak manja-manja tunggu balik rumah manja ngan suami, mama ngna adik beradik.. :) x sabarnya nk balik .. ishk! saya mahu rehat mental dan fikizal..nak ada orang urut-urut badan yang sakit-sakit ni..Kepala pun asyik pening jer,pening sampai telinga jadi bengang..berdengung..badan jadi kebas-kebas macam peredaran darah terbantut..Tuhan saja yang tahu... Semua ini pasti menjadi kenangan indah nanti.. :)

Pergerakan bby semakin aktif..tulang temulang mula membonjol pada perut..kadang-kadang rasa seronok main dengan baby dalam perut...bila dia membonjol,kita gosok-gosok,mula la dia mengendur..sayang semoga semuanya sihat belaka yer..main elok-elok dalam perut mama,mama xtahu apa yang anak mama buat kat dalam tu,tapi baby mula membuat mama terhibur.. :) masa ni mula mengira pergerakan bby bermula jam 9.00 pagi sehingga ke 10 pergerakan seterusnya..

Ya Allah..kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh & solehah..Permudahkanlah segala urusan kami..Lindungila kami :) AMIN YA RABB!

Sunday, October 14, 2012

Kongsi Pengalaman..

Entah kali ke berapa buka blog ni,konon nak buat new post...tp last2 tutup...tiada hati untuk mengarang di akhir-akhir ini..

Tapi memori hari ini cukup menyentuh hatiku ini..



Sebagaimana yg sedia maklum dlm entry dulu sy ada cerita pasal kelas Al-Quran yang saya buat untuk golongan dewasa kt tempat saya mengajar..Sepanjang mengendalikan kelas ini banyak kenangan manis yang saya dapat kongsikan dengan mak cik-mak cik ngn nenek-nenek yang join kelas saya ni.

Saya mengajar mereka bukan nk upah ke apa..memang sekadar berkongsi ilmu dan membantu mana boleh..tapi tanpa diminta mereka semua ni sentiasa bermurah hati,kadang-kadang hampir setiap minggu ada jer buah tangan yang mereka bagi dekat saya seusai kelas mengaji..Antara yang pernah saya dapat, ikan talapia la, sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih apa sahaja yang ada mereka bagi pada saya..Time nak raya dapat pulak biskut raya. Kadang2 rasa serba salah..Terima kasih la atas segalanya..

Kalau tengok kesungguhan mereka hanya tuhan yang tahu..ada salah seorang daripada mak cik ni dah la terpaksa berjalan kaki jauh,then terpaksa mengharung air sungai untuk datang mengaji..kalau time air besar,air kadang2 mencecah ke paras dada..terpaksa tukar baju lain pulak masuk kelas mengaji.. ada seorang nenek@wan bertongkat pun sanggup datang ..Kalu orang tua sanggup bersusah payah untuk mendalami ilmu agama..xterkesan ke dihati orang muda yang badan sihat..??? peluang dapat ilmu depan mata tapi saja je buat2 xtahu dan x ambil tahu..

Sepanjang kelas ngan mereka ni..slot yang paling mencuakkan ustazah yang masih cetek ilmu ni ialah...bila ada yang buka slot "Tanyalah Ustazah"...

"Ustazah,kalau gini2 macam mane.."
":Ustazah Apa hukum...."
"Ustazah,macam mana nak...."

Bila ada jer sesi ni,risau jugak takut ada yang diluar pengetahuan saya..tapi Alhamdulillah setakat ni soalan2 yang diajukan masih dalam pengetahuan saya..yerla walaupun gelarannya ustazah x semuanya saya tahu..kerna saya juga manusia biasa..

Hari ini merupakan kelas yang terakhir untuk tahun ni ..InsyaAllah..sebab pasni saya dah mula nk cuti bersalin..

Jadi hari ni sebelum habis kelas saya bersalam dengan mereka semua.. saya minta dihalalkan semuanya apa yang telah saya ajar, takut ada yang terkurang sepanjang kelas berlangsung,sepanjang tahun ni..

Part yang paling sedih dua orang mak cik ni pangkat nenek la ngn saya..menanges...Saya pun  mula la sebak jugak..Ya Allah ..betapa mereka menghargai kehadiran aku di sini..mereka buat saya terharu..

Jauh di sudut hati ku "Duhai murid-muridku yang dewasa, sesungguhnya yang aku jalankan ini adalah sememangnya menjadi tanggungjawabku..semoga apa yang dipelajari bermanfaat untuk kalian...insyaAllah..panjang umur tahun depan kita jumpa lagi..hanya doa-doa dari kalian aku harapkan..Ya ALLAH rahmatilah mereka..kerna mereka mencintai ilmu mu."

Mungkin ini hikmahnya aku dihantar posting ke sini...kerna takdir mahu menemukan aku dengan mereka-mereka yang dahagakan ilmu agama..

Pengajarannya :

Hai golongan  muda yang diluar sana ...banyak pusat-pusat yang menyediakan tempat untuk menambahkan ilmu agama kalian..jadi rebutlah peluang sebelum terlambat..Di sini (pedalaman) memang agak payah nak dapat peluang sebegitu,tapi mereka masih lagi cuba mencari ruang dan peluang yang ada untuk belajar sebelum ajal tiba..

Buat junior-juniorku bakal-bakal ustaz ustazah perlengkapkan ilmu di dada,sebelum dicampak ke mana-mana bumi bertuah untuk kalian nanti..dan bersedialah untuk menyebarkan ilmu yang kalian miliki..InsyaAllah..diberkati..Lillahi Taala.. :)

Thursday, August 9, 2012

Jantina Anak Pertama Kami.. :)

Semalam sebelum tidur duk berfikir dan mengenangkan suami tercinta...terfikir kenapa dia macam tu?kenapa dia xpernah merungut..kenapa dia x nampak pun terbeban..walaupun sekarang dia sedang menempuhi klimaks dalam mencapai segulung ijazah iaitu proses siapkan tesis..

Dalam sibuk buat tesis..Dia masih sempat carikan baju raya untuk saya,belikan barang-barang baby..nak belikan biskut raya lagi..buat itu..buat ini..hantar saya ..ambik saya..dia betul-betul kuat..kalu saya imbas kembali masa saya nak siapkan tesis dulu, masa time dekat nak kenduri kahwin..banyak stress,buat sambil nanges2..yerla orang lain leh relax lagi,kita awal2 da bertungkus-lumus siapkan sbb masa banyak dihabiskan untuk urusan kenduri..

Semalam rasa terharu pulak bila dapat sms dari dia..

"Ayg nak baju raya lagi tak?"

Dalam hati ni sempat lagi dia pikir pasal nak tambah baju raya saya sedangkan baju raya sendiri pun dia x beli lagi..dengan duk bz buat tesis,sempat lg pikir baju rayaku..

Balik dari sekolah on Fb tengok status suami:
"lelaki penuh dengan tanggungjawab.. namun ianya tetap bukan bebanan... mood xsabar nk ada tanggugjawab baru :)"
Macam tahu-tahu jer abg ni apa yg difikirkan aku semalam....Alhmdulillah..semoga dia sentiasa menganggap kami sebagai tanggungjawabnya bukan bebanannya.. :) kerna perkahwinan bukan sekadar merealisasikan cinta,tapi semuanya adalah berlandaskan tanggungjawab dan amanah yang besar dari Allah...ke arah membina sebuah keluarga yang sakinah dan mawardah menuju ke Jannah..
OH...asyik lari tajuk jer kan... lalala..
Tadi pergi check up kandungan..
*Berat 47.6
*FBC & FBM Blood Test
*HB 9.1 rendah.. :(
*scan baby :
Doktor: (Mengukur saiz baby) Baby sihat,normal..
Saya :Alhmdulillah.
Doktor: Awak nak tahu jantina ke ?
Saya: Nampak ke?Kl nampak nak la tahu..
Doktor: Anak awak baby _______________.
Saya: (Tersenyum lebar)
#Sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri tau..
Excited sgt bile da tahu jantina ni,makin x sabar rasanya nak tengok wajah cinta hati kami ni..tapi orang cakap jgn trust sgt scan ni sbb kadang-kadang leh jugak x berapa tepat...tapi kan..sekurang-kurangnya dah dapat klu..janji bby sihat.. :)
 

Saturday, July 28, 2012

Kerna Aku Juga Ingin

Menghabiskan hujung minggu di ulu ,memang tiada apa sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh kami guru-guru wanita...Kalu guru lelaki mereka lebih gemar pergi memancing,mandi air terjun dan macam-macam lagi(tapi bulan puasa x de lah)...Kekosongan aktiviti harian menyebabkan fikiran & emosi semakin tidak keruan.

Ya...sudah semestinya..aku juga ingin ...Aku ingin merasa yang sama seperti ibu mengandung yang lain..

Bila berkongsi cerita-cerita pengalaman mengandung dengan kaum-kaum ibu yang lain.Aku seronok bercampur cemburu dengan peluang yang mereka nikmati..kerna aku juga ingin..

#Ada bercerita setiap malam sebelum tidur ada suami yang mengurut kaki mereka,..yer,bila bulan semakin meningkat kandungan semakin membesar badan mula sakit-sakit..kaki cepat aje lenguh,nak-nak bila malam menjelma ..mungkin kerna cuaca malam yang sejuk..

#Ada yang bercerita ,seronok bila bby tendang,gerak-gerak dalam perut suami diorang excited mengusap perut,bercakap dengan baby dalam perut..
.
#Ada yang bercerita, tiap-tiap bulan pergi klinik check perut bersama suami..

#Ada juga yang bercerita,suami dia masakkan untuk dia kerna dia dah xlarat nk masak..

Aku juga teringin merasakan yang sama, dilayan yang sama seperti ibu mengandung yang lain...namun jarak yang menghalang untuk aku merasakan itu semua..

Teringat pertanyaan mama bila aku cakap,aku dah bersedia untu pregnant..
Mama:Sanggup ko k.ida nak ngandung duk jauh-jauh gtu dari p? bukan senang kl alahan teruk-teruk..
Long:(Versi menyampuk)biar la dulu,payah g sekolah naik-naik bot,nak ngandung..nanges sore la duk ulu nung..
Aku: Takpo,nok jugop..

Itulah sebabnya bila ruang waktu berjumpa suami yang lazimnya hanya 3hari 2 malam  aku gunakan betul-betul untuk cover semua masa 2 atau 3 minggu yang hilang begitu sahaja ketika kami berjauhan..Oleh hal itu juga,ketika berjumpa dengan suami aku menjadi lebih sensitif dan terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang xperlu nak sedih pn..aku menangis ..bukan sebab aku tamak,tapi aku juga ingin merasa yang sama...Orang kata normal kalau ibu mengandung itu sensitif sebab perubahan hormon dalam badan mempengaruhi emosi..tapi mesti teramat lah normal jika ibu mengandung yang jauh dari suami untuk menjadi lebih sensitif berkali-kali ganda kan...??


Aku dapat merasa semua itu tapi hanya melalui handphone..Jadi bila melalui hp,aku juga mengharapkan perkara yang sama..

contoh:
ummi:Abg,ayg lenguh sangat kaki ni... :(
abi:meh abg urut syg..cian kt ayg..

walaupun aplikasinya tidak sama,tapi perhatian yang diberikan pun sudah cukup mengubat keperitan seorang ibu yang mengandung ..yup!bila berjauhan begini,kata-kata yang prihatin lebih berkesan di hati..Itulah shj yang kami mampu :)

Namun ,bila difikir-fikir aku patut lebih bersyukur kerna walaupun berjauhan tapi aku masih punya suami,walaupun jauh,,tuhan memberikan aku anugerah untuk merasai nikmat untuk menjadi ibu..jadi ini semua bukan satu rungutan,tapi sebuah luahan hati seorang ibu mengandung yang ingin berkongsi pengalaman dan rasa..serta untuk disimpan sebagai sebuah pengalaman hidup yang bermakna..

tapi bila direnung balik..dah masuk 6bulan pregnant dan aku mampu hadapi semua ini sampai hari ini..jadi AKULAH SEORANG IBU MENGANDUNG YANG BERDIKARI...!!!lagi GAGAH PERKASA! ngeh3x.. :) konon..

Thursday, July 19, 2012

Minum Air Gula

Hari sebagaimana hari yang telah ditetapkan,terkedek-kedek ibu yang mengandung 5 bulan ni berjalan kaki ke Klinik..Al-maklumlah kampung ni jalan raya pn xtiada,jd tak kan la sy nak naik kereta Alphard saya tu kan..kereta Alphard tu campak jer dalam sungai..Aigoo..

Macam yang diarahkan oleh nurse la,malam hari sebelumnya kena jaga makan,and puasa start pukul 10am..pagi just mkn kuih seketul,tengah hari minum air masak jer..petang pukul 5 makan nasi dengan kuantiti yang sangat sedikit..mlm makan biskut atawar sekeping..sepanjang hari tu minum air jer sampai nak buncit..hehe!sebagaimana yang telah disarankan oleh Dr.Fakhry suami Husna,and Nana..and Budin..lala..and Tehah yang sudi berkongsi rasa..

Sampai lebih kurang pukul 8am kt klinik,then trus ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..Alhmdulillah..3.8..normal..minum air gula satu mug yg sangat best tu...sampai tahap nak muntah..no!!! xnk dah minum lagi..lepas minum bby dlm perut makin aktif berkarate...cian bby..

Sepanjang 2 jam duk kt klinik sementara nak tunggu result.....tidur jer kat kerusi nurse tu nak berjalan balik semula ke sekolah memang x larat..kesan minum air gula tu kepala berdenyut-denyut...pusing..pening...

>>>>>>>2 Jam pun berlalu pergi..

Ambik darah lagi..resultnya...oH no!!!..11.9 tingginya...nurse tu mula ragu..dia kata xlogik la...dia pun guna mesin test yang kedua..resulnya 5.3..aiks?? kenapa lain...dia kata tak pernah dia dapat result yang berbeza gini ,biasanya sama jer dua-dua mesin..dia belek-belek dia punya mesin..rupanya menda alah yang tempat titik darah tu dah expired..jadi ..

yang mana satu expired???!!!..

Alhmdulillah..yang expirednya yang tinggi bacaannya tu..jadi kandungan gula dalam darah saya 5.3...normal..dan selamat..dari BSP...syukur Ya Allah,tidak sia-sia menggantung harapanku padaMu dalam setiap Tahajjud ku...


Tuesday, July 17, 2012

Kenapa ???

Hari ni, ada appoinment di Klinik untuk check-up kandungan dan minum air gula( uji kandungan gula dalam darah)..

Sebelum datang appoinment  nurse ada pesan sy perlu puasa start pukul 10 malam sehari sebelum pergi minum air gula..dan jangan makan makanan manis seperti buah mata kucing..dan kurangkan makan..ok..Faham!

Sebagaimana hari yang dijanjikan hari la,dalam mood puasa pukul 8 am dah terpacak kt Klinik..masuk then trus kena ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..normal 4.6 jer Alhmdulillah..then

Check hb ,ambik darah lagi...
Cucuk vaksin ATT kt bahu.(vaksin ni,.sbb bby dah mula bergerak...)sakit sangat rasa macam kena tulang..ishk!mungkin sbb dah lama x kena cucuk..tu yang sakit tu..lepas check up

.>>>>>>>>>>>>>>byk perlu dirahsiakan utk kepentingan bersama>>>>>>>>>> then bincang-bincang dengan nurse ...

nurse:Apa yang awak makan semalam?
me:nasi..kurma...
nurse:banyak ke?
me:nasi saya makan bertambah tp skit jer xbyk pn..kurma 3 biji ..
nurse:patut la(patut la ape biar la rahsia jugak).. ..kurma xleh makan, sangat manis..byk gula..nasi tu sure la kena makan sikit jer..kan dah pesan makan sikit jer...
me: *feeling down*

Pastu x jadi la minum air gula(  kan teacher yana kan???)..


Then nurse kata kena puasa semul mlm Rabu ni..dtg semula ke klinik utk minum air gula  pada hari Khamis...upset.. :(

Kenapa ibu mengandung pun kena jaga-jaga makan? dah la time ni selera memuncak ,semua menda terliur..roti atas meja pun terliur,buah-buah dalam peti ais pn terliur,roti canai segera dalam peti pun duk melambai-lambai,bubur butir nangka pn memanggil-manggil..nasi pn kena kurangkan portion pengambilan...sedangkan saya nak makan banyak..saya lapar..ishk!!!! sampai hati....xtahu nk kata sampai hati kat siapa???..ishk!

Jadi sepanjang balik dari klinik hari ni saya banyak menahan rasa lapar saya,banyakkan minum air masak jer..rasa malas nk ckp ngn siapa-siapa...ishk!!!!kesian kt sy..tp sy lagi kesian kat bby sy..

(Menangis dalam menahan selera + lapar)..Hanya Tuhan yang tahu bila ibu mengandung rasa lapar..

Maghrib ambil quran baca surah Ar-Rahman untuk memujuk hati.."Nikmat Tuhan yang manakah yang ,kamu dustakan"...sekurang-kurangnya bersyukurlah wahai diri,tuhan telah mengurniakan kepada ku zuriat yang ku diidam-idamkan selama ini..Astaghfirullah..Alhamdulillah..

Belek-belek lagi surah Al-Insyirah: Baca Tafsirnya:

  1. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  2. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  3. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Setiap kesulitan ada kemudahan...banyakkan bersabar ...banyakkan berdoa...
  

For Dinner: Makan nasi sikit jer+sup+sayur yang mmg banyak nk cover lapar...= Tahan Selera Makan..*Suffer*..tapi sy kena positif,kawan-kawan serumah (rumah ke asrama?) pn banyak memberi sokongan pada sy.. 
Sayang Yana+Cik Yam+Farah+E-han..deeply from my heart

Result Test..Insyaallah akan update Khamis ni kalau sy rajin la..doakan yang terbaik utk saya dan anak..tapi yang pasti semuanya pasti ada hikmah dariNya..






Followers