Saturday, July 28, 2012

Kerna Aku Juga Ingin

Menghabiskan hujung minggu di ulu ,memang tiada apa sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh kami guru-guru wanita...Kalu guru lelaki mereka lebih gemar pergi memancing,mandi air terjun dan macam-macam lagi(tapi bulan puasa x de lah)...Kekosongan aktiviti harian menyebabkan fikiran & emosi semakin tidak keruan.

Ya...sudah semestinya..aku juga ingin ...Aku ingin merasa yang sama seperti ibu mengandung yang lain..

Bila berkongsi cerita-cerita pengalaman mengandung dengan kaum-kaum ibu yang lain.Aku seronok bercampur cemburu dengan peluang yang mereka nikmati..kerna aku juga ingin..

#Ada bercerita setiap malam sebelum tidur ada suami yang mengurut kaki mereka,..yer,bila bulan semakin meningkat kandungan semakin membesar badan mula sakit-sakit..kaki cepat aje lenguh,nak-nak bila malam menjelma ..mungkin kerna cuaca malam yang sejuk..

#Ada yang bercerita ,seronok bila bby tendang,gerak-gerak dalam perut suami diorang excited mengusap perut,bercakap dengan baby dalam perut..
.
#Ada yang bercerita, tiap-tiap bulan pergi klinik check perut bersama suami..

#Ada juga yang bercerita,suami dia masakkan untuk dia kerna dia dah xlarat nk masak..

Aku juga teringin merasakan yang sama, dilayan yang sama seperti ibu mengandung yang lain...namun jarak yang menghalang untuk aku merasakan itu semua..

Teringat pertanyaan mama bila aku cakap,aku dah bersedia untu pregnant..
Mama:Sanggup ko k.ida nak ngandung duk jauh-jauh gtu dari p? bukan senang kl alahan teruk-teruk..
Long:(Versi menyampuk)biar la dulu,payah g sekolah naik-naik bot,nak ngandung..nanges sore la duk ulu nung..
Aku: Takpo,nok jugop..

Itulah sebabnya bila ruang waktu berjumpa suami yang lazimnya hanya 3hari 2 malam  aku gunakan betul-betul untuk cover semua masa 2 atau 3 minggu yang hilang begitu sahaja ketika kami berjauhan..Oleh hal itu juga,ketika berjumpa dengan suami aku menjadi lebih sensitif dan terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang xperlu nak sedih pn..aku menangis ..bukan sebab aku tamak,tapi aku juga ingin merasa yang sama...Orang kata normal kalau ibu mengandung itu sensitif sebab perubahan hormon dalam badan mempengaruhi emosi..tapi mesti teramat lah normal jika ibu mengandung yang jauh dari suami untuk menjadi lebih sensitif berkali-kali ganda kan...??


Aku dapat merasa semua itu tapi hanya melalui handphone..Jadi bila melalui hp,aku juga mengharapkan perkara yang sama..

contoh:
ummi:Abg,ayg lenguh sangat kaki ni... :(
abi:meh abg urut syg..cian kt ayg..

walaupun aplikasinya tidak sama,tapi perhatian yang diberikan pun sudah cukup mengubat keperitan seorang ibu yang mengandung ..yup!bila berjauhan begini,kata-kata yang prihatin lebih berkesan di hati..Itulah shj yang kami mampu :)

Namun ,bila difikir-fikir aku patut lebih bersyukur kerna walaupun berjauhan tapi aku masih punya suami,walaupun jauh,,tuhan memberikan aku anugerah untuk merasai nikmat untuk menjadi ibu..jadi ini semua bukan satu rungutan,tapi sebuah luahan hati seorang ibu mengandung yang ingin berkongsi pengalaman dan rasa..serta untuk disimpan sebagai sebuah pengalaman hidup yang bermakna..

tapi bila direnung balik..dah masuk 6bulan pregnant dan aku mampu hadapi semua ini sampai hari ini..jadi AKULAH SEORANG IBU MENGANDUNG YANG BERDIKARI...!!!lagi GAGAH PERKASA! ngeh3x.. :) konon..

2 comments:

  1. ida, sabarlah ye... setiap orang mmg diuji dengan dugaan yang pelbagai...
    awal2 pregnant tu... kita asyik menangis je.. tapi, bila fikir2, nangis pun tak bertemu penyelesaian...
    mungkin ida lebih bernasib baik.. berada di bumi semenanjung.. walaupun jauh di pedalaman...
    kita pulak, walaupun duduk di bandar, tapi persekitaran di kuching, di tempat org ni sgt susah ida...
    setiap hari kita terpaksa drive kereta manual, tekan clutch hari2 meredah kesesakan lalulintas...
    Kalau nk cerita ttg seksa jiwa dan raga, mmg tak habis ida.
    Tapi, percayalah ida... setiap kesusahan yng kita hadapi, Allah akan selitkan kesenangan untuk kita.
    sabar banyak2 ida... kia percaya ida boleh lalui semua ni...
    kita yang menyewa sorang diri, takde teman kalau sakit ni pun.. Alhamdulillah berjaya harungi lebih 8 bulan pregnant ni...
    sabar ye ida...
    Kalau kita fikir, kita susah.. ingatlah ramai yg lg susah dr kita...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..betul kak bila pikir orang lagi susah dr kita..kita jd lebih bersyukur dengan kesusahan yang kita hadapi ini..semuanya pasti,manis utk dikenang akhirnya kan.. :)

    ReplyDelete

Followers