Tuesday, December 28, 2010

kutu oh kutu...



Hr ni dlm kebosanan ,penulis sempat google mencari fakta tentang kutu...haiyooo! teringat di zaman sekolah dlu rampai gak kwn2 ku dijangkiti serangga ini...kepala diorg gatal,jariku mula menggatal...bukan ape..sememangnye hobiku gemar menerobos segenap pelusuk,penjuru akar rambut utk menerjah kutu kwn2...bg mengelakkan dr berjangkit,penulis akan bertudung 24jam ...haha!termasukla waktu tdo..(gemar mencari kutu,tp xnk kutu bermaharajalela di kepala sendiri)....

Pengalaman penulis: pernah suatu ketika kutu bersarang di kepala ini,tp dengan segera dihapuskan dengan ridsect (penghapus nyamuk ) tu...hehe! terus KO ,kutu tu tanpa sempat mengucap...mati kutu la jd nye...

p/s:*jgn tiru aksi ini di rumah*

Jom skodeng skit pasal kutu sdg enjoy di atas kepala tu...






Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari...wow!


Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

* Sikat rambut.
* Perhiasan rambut.
* Tuala.
* Topi.
* Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

* Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
* Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
* Basuh cadar dsb dengan air panas.
* Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
* Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

* Crotamiton
* Benzene hexachloride
* Malathion

Cara merawat

* Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
* Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai
* syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.
* Buangkan semua kutu dan telurnya.
* Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.


.>>>>>> tgk blog ini pn telah dijangkiti kutu,xduduk diam dibuatnya..asyik menggaru aje...>>>>
>>>>>>AWAS!!!kepada blogger yg lain nanti ,blog anda pn akan dijangkiti kuku juga..>>>>>
>

p/s: pastikan semua blog anda memakai tudung atau penutup kepala senang crita..jaga la aurat blog masing2>>>>


Doa & Harapan: smoga diHindari kami dr kutu.... amin..

No comments:

Post a Comment

Followers