Monday, July 18, 2011

Kepentingan Menjaga Lisan




Ada seorang lelaki Badwi datang bertemu dengan Rasulullah SAW meminta wasiat yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah, jika ada orang yang mencela kekuranganmu, maka jangan kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya dan pahalanya ada padamu. Dan janganlah kamu mencaci maki siapapun. Kata A’rabiy tadi: “Sejak itu saya tidak pernah lagi mencaci maki orang”. (riwayat Ahmad).

Alhmdulillah,dalam mengubat hati yang terasa ,hati yg semakin mengecil ini,terjumpa beberapa hadis yang mampu menjadi penawar yg mujarab pada hatiku ini..

Pernah suatu ketika daripada Abdullah dia telah memanjat bukit Safa lalu memegang lidahnya lantas berkata: “Wahai lidah katalah yang baik nescaya engkau beruntung dan hendaklah engkau dia supaya selamat sebelum engkau menyesal. Kemudian berkata lagi, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lisannya…”(al-Thabariniy, Ibn Abi al-Dunya, al-Baihaqi, al-Iraqiy selepas analisis hadis ini berkata: Hadis ini darjatnya hasan).

Jangan terlalu berbangga dengan sikap kita yg terlalu OPEN-MINDED dan terlalu out-spoken...kerna...kita mungkin juga kadang-kadang lupa dan tidak sedar yang kita sebenarnya tergolong dalam golongan yang kufur pada nikmat lisan.Nauzubillah...

Daripada al-Hasan al-Basri berkata: “Mereka mengatakan bahawa ungkapan lisan seorang mukmin adalah dari hatinya. Apabila si mukmin ingin mengatakan sesuatu maka ditapis dulu dalam hatinya kemudian barulah diungkap pada lisannya, manakala si munafik pula lisannya mendahului hatinya, apabila ingin menyatakan sesuatu terus diungkapkannya tanpa ditapis melalui hatinya. (al-Kharaithy di dalam Makarim al-Akhlaq)

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaf: 18)...

Indahnya ,jika semua menjaga lisan mereka,memelihara dalam tutur kata,maka sudah semestinya kehidupan menjadi lebih harmoni dan tiada timbul sebarang masalah hati yang boleh menjadi barah dalam setiap perhubungan.

Refleksi Diri: 
*Tatkala org melukakan hati kita dgn kata-kata,pasti kita juga pernah melukakan hati mereka dengan kata-kata kita yg tajam..(inilah Karma mcm lagu Faizal Tahir tu)
*Mahu hati kita dijaga,maka jagalah hati org lain.
*Cuba koreksi diri pasti kita ujian diberi utk melengkap lumrah sebagai hamba,kerna Allah merindui rintihan dan rayuan hambaNYa yg sentiasa berharap kpd Nya.

Tanda hamba itu bersyukur dengan Kurnia Lisan ialah golongang yang sentiasa memelihara tutur kata mereka.Bersama-samalah kita memelihara lisan dalam memastikan tiada lisan yang mampu menghiris hati-hati yg FRAGILE..

Jom sama-sama berusaha menjadi golongan yang menjaga lisan... :)

Thursday, July 14, 2011

Cemburu vs Redha

Terkedu dan tersedu seketika,bila terbaca wall Fb seorang sahabat yang menyatakan bahawa dia sedang memasak utk suaminya smentara menunggu suaminya pulang dr kerja...Cemburu??Dengki??atau apakah perasaan yg dirasakan ini sbenarnya...?Ya! jelas skali sgt iri hati kerna dia berpeluang menikmati hidup berumahtangga yg sempurna tatkala suami & isteri sentiasa berada sisi pasangannya..tp apa hak aku seorang hamba utk cemburu tentang nikmat yg sedang mereka yg bertuah nikmati itu....

-----sedang puas berendam air mata--------ishk!ishk! :(

Berbahagialah melihat kebahagian org lain DUHAI  Pemilik hati yg sedang berduka lara....pujuk hati..Mungkin nikmat suami berasingan berbeda dgn nikmat org yg sentiasa bersama..Tuhan Maha Mengetahui...Tuhan Juga Maha Mengetahui betapa laranya hati hambanya ini skrg..hanya PadaMu tempat ku mengadaku..Tuham maha Agung serta memahami fitrah hambaNYa..

Entah mengapa,sejak kebelakangan ini,perasaan ini sgt bercampur baur.Mungkin juga dek kerana masalah kesihatan yang diuji..(Pening+batuk+Suara Terjejas+Badan Lemau+Rasa mAHU diam+suka menyendiri)..Ya Allah,aku terima dugaan ini dengan redha ,kerna melalui ujian ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil hamba MU ini..

Saat diuji dengan masalah kesihatan ini ,pelbagai pikiran tentang AJAL MAUT yg menerpa ke ruang minda ini..tp aku takut utk menghadapinya..kerna..

* Amalan ku masih tidak mencukupi utk menghadap Mu YA Illahi..
*Ingin sekali utk memeluk erat keluarga ku tercinta sepuas-puasnya dahulu andai ini saatnya...(Suamku,Bak,Mama,Mak, Long,k.Linda,Syam,Shahir,Adik,ngn Qistina)...
*Tiada lg zuriat yg soleh yg dpt ku tinggalkan utk mendoakan kesejahteraan ku kelak..

Namun ,sekiranya...ini saatnya,Tiada daya utk menolaknya.....Hidup & Matikanlah aku sebagai hamba MU yg beriman di sisi hamba2 yg SOLEH...

mOOD bERUBAH.....

salah ke cemburu?? cemburu kerna kita xmampu memiliki nikmat berumahtangga itu....bila dipikir balik...bersyukurlah dengan apa yg kita miliki barulah hati kita sentiasa tenang...

WAH!! ALHAMDULILLAH...Tenang & lega bila dpt luah perasaan kt Blog ni..Luah kat org len mungkin membebankan org yg mendengar plak,,,huhu!Tp kl dah pegang status istri pd siapa lg nk luah kl bukan suami kn......Pada Allah sudah Pasti!!! kerna tatkala manusia tak mampu mendengar luahan kita,Allah sentiasa mendengar luahan HambaNYA..Ku gantungkan hatiku padamu Ya Allah..Allahhu Rabbuna...

SABAR IDA..SABAR ... 

Sunday, May 15, 2011

PJJ??????

Tepat pukul 12.00 nanti genaplah 8bulan perkawinan kami.....8bulan jugak la kami menjalani hidup Perkahwinan Jarak Jauh..Start dr mula kawen,dr zaman blajar maktab,until now bekerja pn tetap jauh dr suami....Dugaan apakah ini..??? Redha dgn ketentuan Nya..


Dalam google menggoogle jupa satu topik yg best..Jom Layan..  Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan mcm sy ni...

Tip 1: Elak Cemburu Buta
Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat
Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini
Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja."Jangan ada jer kemudahan tp xguna ..hanya menyusahkan kemudahan yg ada.."

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah
Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda."Suami @ Isteri akan rasa dihargai apabila pasangannya sanggup berkongsi suka duka aktiviti kehidupan bersama-sama"

Tip 5: Rancang KejutanDalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.Ingatlah hari2 penting dalam hubungan kalian..Jika tidak sempat bersua,ketika bersua buat la sesuatu yg istimewa utk pasangan anda..jGN buat2 seperti tidak ada ape2 pn berlaku..

Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.


RENUNG-RENUNGKN & SELAMAT BERAMAL...


Sahabatku seperjuangan ku telah di ambil org...

Bismillah..Ar-Rahman+Ar-Rahim...Dengan penuh rasa cinta kalam disusun..bagi memohon restu dari yg Esa agar melimpahkan rahmat pd Yana dan suaminya Faizal yg telah selamat diijab kabulkan pada 13 Mei,jumaat lepas...14 Mei ,satu majlis diadakan di rumah Yana..Sbagai shbt,sy rasa sgt bersalah kerna tidak dpt menghadirkan diri ke majlis kalian berdoa...Tapi sy hanya mampu meng`uSHA page FB dia jer ,kerna xsbr2 nk tgk kemeriahan hari bahagia shbt sy ini...

Jom layan gambar yg cun-cun ni :





Yes! tgk gambar pn dah leh tahu kn..mmg grand meletup habis wedding Yana ni..Menurut wartawan SKUT,Cik Yam,semua guna bunga2 segar...siap ada stall cendol,kuih muih,ais krim dan mcm-mcm la...
Mantap!!!!!WOOW...........

Pesananku buatmu shbtku:

Semoga dirimu sentiasa bahagai di sisi suami tercinta..slamat berusaha utk menambahkan umat Muhammad..CHAIYOK!CHAIYOK!....Amin..

Slepas ini awk juga akan merasakan apa yg sy rasa..merasakan betapa sakitnya dan sedihnya memendam rasa rindu pada suami yg tercinta..rasa rindu yg halal sgt bermakna...rindu dalam ketenangan...kerna dia telah sah menjadi milik kita... 

smoga awk xberlama-lama jauh dr suami..smoga awk cpt2 dpt tukar.. amin.. :)

sori xdpt dtg tau..

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Sy syg awk!

Thursday, May 5, 2011

Alam rumahtangga merupakan suatu alam yang sangat indah dan penuh dengan feeling yang variety...Mendirikan rumahtangga pada usia 23 tahun merupakan satu anugerah yang paling besar buat kami suami isteri.Yerla ,apa tak nye..kl kwn2 yang len masih lg sibuk memilih-milih pasangan hidup..ada juga yg frust dan macam-macam lg..tp kami telah diselamatkan oleh Allah dengan nikmat dan rahmat perkahwinan ini.Alhmdulillah....


Lembaran 2011 memulakan tirainya...

Bermula 7 Feb 2011..

Kami diuji dengan dugaan,untuk PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh)..Suami di Cheras,diriku dihanyutkan ke Ulu Tembeling..Namun jauh,bukan pemisah antara kami,malah semuanya menyemarakkan lg rasa cinta +rindu kami suami isteri.. :)
 Diri ini ikhlas menerima tanggungjawab dan ketentuan takdir illahi ini..Mujur suamiku sgt memahami..Dia sentiasa positif..

3bulan berlalu,gaji ditunggu x tiba-tiba....ekonomi rumahtangga ku juga teruji.. :,(

Tapi inilah kehidupan ...teman hidup berkongsi suka dan duka bersama...
Teringat kenangan...dimana pd suatu di saat berada di kedai mkn..tatkala kita beringat-ingat utk makan..tatkala kita berkira-kira utk makan,mengenangkan bajet kita semakin berkurang..Aku memang sgt fragile,mudah nk menangis bila rasa sempit..tp suami slalu buat diri ini kuat..
"Xperla syg..kita kena blajar hidup susah..ini dugaan kita..kita kena tabah dan sabar..abg ada bersama ayg ,jgn bmbg"....Kita bukan xpunya,tp kita perlu berjimat-jimat..

Hati gajah sama dilapah,hati kuman sam dicicah  ... Susah senang bersama.. :)

Dengan kesusahan yg dirasai buat aku lebih besyukur..dan disaat ini juga kasih sayang kami terasa semakin erat dan kukuh..

Suamiku..
Kau sumber inspirasiku,
di saat aku jatuh,
kau pimpin erat tangan ku utk terus berdiri..
Tatkala semuanya teruji....
Dirimu tegar..
Tegar berkorban..
Demi membahagiakan ku..
Dirimu tegar..
Demi menyenangkan hidupku..
Sesungguhnya Tuhan kurniakan seorang insan yg berhati mulia..

Bergelas sbg seorang suami yg masih belajar memang banyak tugas dan tanggungjwb yang terpikul dibahunya..tambahan pula dia telah dilantik menjadi YDP IPG Ilmu Khas...

Ruang masa perlu dibahagikan seadilnya...terutamanya dengan isteri yang cpt trase ni...Namun dia sgt penyabar dengan karenah isterinya ini..Alhmdulillah..Hidup kami umpama pengembara duit hanya habis utk (sewa hotel+minyak kete+makan)..pengembara oo pengembara..bilakah ianya akan berakhir...tidak sabar rasanya utk memiliki rumah sdiri,dpt hidup bersama-sama..dpt lihat wajah yg tersayang setiap harii..pasti lebih indah dan bermakna kan...juz imagine :) 


 



Memegang status isteri kepada Mohd Huzaifi Bin Sulaiman pada usia ini bukan suatu penyesalan bagiku..malah merupakan suatu kekaguman bagiku..Ranjau,lautan bergelora lebih indah bila dilalui bersama insan yang tersayang..hadapi dengan tenang kerna Berdua lebih baik..


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat

Thanks abg.. :)

Thursday, April 21, 2011

Membaca Itu Hobi

Dulu-dulu ...sewaktu bergelar kanak-kanak,murid,pelajar,mahasiswi..bila ditanya pasal hobi....jawapan yang paling selamat yang slalu digunakan untuk menyelamatkan diri ialah "Hobi sy membaca"..sgt selamatkan..xpayah nk pikir panjang..tp hakikatnya xpulak di waktu lapang diambiknya buku untuk dibaca...apa maknanya hobi?=hobi ialah aktiviti yg dilakukan di masa lapang....huhu!

Tapi hr ni ..mcm baru terfikir dan terlaksana bahawa hobiku sejak bergelar guru ni,ialah membaca...semenjak duk kt sini dah banyak buku cite yg telah dikhatamkan..kenapa? mahunya xmembaca...name pn duk kwsn pedalaman ,apa lg nk buat masanya tersangat la lapang..there`s no more shopping cmplek ,kfc ,pizza and so on yg untuk diisikan dengan masa lapang..so apa lg..g library sekolah,habis semua buku-buku kanak dan remaja yang diterjah utk mengisi masa yang tersangat lah lapang ini...

So nk share la satu crita kt sini..ini buku nya.. kisah yg sgt menarik..


Inilah buku nya.."PUTERA HARIRI DENGAN BUKU RESEPI AJAIB"....membaca buku ini buat sy leka dan lupa dengan segala masalah+tension+kesedihan yang terbeban kt bahu...pelbagai keajaiban yang dilalui oleh Putera Fariri...Bila baca buku ni buat sy teringin hidup di alam Fantasi..Happy Ever After and segala keinginan yang diidam-idamkan dpt dimiliki...Dalam buku ni juga ada tercatat beberapa resepi yang menarik..Hebatkan bahan bacaan budak sekolah sekarang ni..nak dibandingkan dengan zaman kita buku kertas kuning tu jer..nak baca pn xslera..

Tahniah utk penulisnya Aliff Danial ,kerna telah memberi peluang kepadaku utk mengembara bersama Putera Fariri yang pandai memasak....

Doa & Harapan: Smoga segala impian dan cita-cita ku tercapai sebagaimana impian Putera Hariri utk menjadi chef telah tercapai...

Thursday, April 14, 2011

makan+makan =makanan

Dalil Al-Quran:

5:88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin..

Semenjak akhir-akhir ini,entah mengapa selera makan makin menjadi2...asyik nk makan aje 24jam...Dengan selera yang menggebu itu maka terhasil la,pelbagai menu yang diidam-idamkan...Inilah al-kisahnya 3 org guru wanita yang ditempatkan dipedalaman Ulu Tembeling (Cin mArimar@Bella a.k.a Nana,Cik Mariam & sy selaku tuan punya blog)..

Berbekalkan bahan-bahan masakan yang mmg sure2 susah untuk didapati di  sini...apa lagi,timbullah pelbagai resepi yang bermotifkan campur dan campak yang memberikan suatu aroma yang menyelerakan ...sedap sgt...(mcm syok sendiri jer kan)..ala masak untuk masuk perut kami bertiga jer,janji semua kenyang...Kami bersyukur dengan apa yg ada....

Inilah kami tiga sekawan :)



Jom Check-Out menu2 kami:

1)sambal kicap + ubi goreng



2)Spagheti Mar


3)Talapia stim limau :)





 Mungkin bermula dengan masak-memasak di dapur akan berakhir dengan penglibatan kami dalam Master Chef..(Bajet pandai sgt la masak kan?)


Apa2 pn semua menu di atas mendapat pujian yang positif daripada diri kami bertiga ..Segala pujian dilafazkn dengan penuh ikhlas.. lalala :)

Tp  rasa xlengkap sgt ,stiap kali lepas masak+makan best..terus tringat kt suami..apalah yang dia makan kt sana...Rindu untuk menyediakan masakan sendiri untuk semua...Paling best bila,siap masak,suami cpt hidang mknan kt meja...bertuahnya rasa ...pahtu suami mkn bertambah+pujian yang mengembangkan  hati sebagai seorang isteri..Itulah kepuasan yang pasti..

Buat Suami tercinta...nanti ayg masak lagi best utk abg... :) Dun worry ,juz taste it ..okay?..

Pengajaran: Makan tu..makan jugak..tp jgn lupa adab2 makan yer ...
a)Basuh tgn
b)Duduk dengan sopan
c)Baca Bismillah + Doa makan
d)Akhiri dengan doa selepas mkn yang selalu dilupa-lupakan..Maklumlah perut dah kenyang..sambil2 mengingatkan diri sendiri ni...


Followers