Tuesday, October 29, 2013

Perpisahan

Sudah lama sebenarnya ditangguh segala cerita kisah sebuah perpisahan....tertangguh dan ditangguh dek kerana jiwa untuk menaip tentang entry ini memerlukan roh dalaman yang kuat kerna semuanya menyentuh hal perasaan .

Alhamdulillah dalam mood Hari Raya AidiFitri yang lalu,masih teringat lagi sewaktu mendapat panggilan daripada kerani sekolah tentang surat pertukaran,ianya sungguh membuahkan perasaan yang baur suka dan duka.

Setelah hampir 3 tahun melalui kehidupan yang mencabar di pedalaman Ulu Tembeling akhirnya,tuhan memberi jawapan atas semua doaku.Pusing kiri salah,pusing kanan salah,serba tak kena rasanya..segan dengan yang lebih senior,yang lagi lama memohon pertukaran namun diri ini yang dapat tukar dahulu.Aku gembira ,namun kegembiraan yang tidak sempurna kerna teman baikku masih lagi di sana.Namun aku pasti semuanya berhikmah.

Mungkin semuanya ini adalah atas rezeki puteriku Lubna, yang sebenarnya tidak betah lagi untuk terus berada di sana dengan segala kesulitan tanpa baba di sisi.Ya! aku perlu egois bila memikirkan tentang nasib puteriku,perit melihat tubuh kecilnya berpeluh-peluh menahan panas tatkala diuji dengan terputus bekalan eletrrik.Belum lagi bercerita tentang betapa dia tidak keruan  tiap kali hilir dan mudik dek kerana seharian perjalanan.
                                       First Time Mudik ke Ulu Tembeling

                           Ustaz Jalil yang menjemput di BTP,Beserah



Pengalaman hidup di ulu ,amat berbeza dari tahun ke tahun yang pasti semuanya menguji ketahanan mental,fizikal dan emosi.

Tahun Pertama terpaksa melaluinya dengan berjauhan dari suami dan keluarga, sehinggakan diawal detik berada di sana waktu mandi pun bawa telefon masuk bilik mandi kerna bila tengok telefon jer baru hati rasa dekat dengan suami dan family..sebab terasa terasing dan jauh sangat dari mereka bila perjalanan yang dilalui  untuk ke sana membelah sungai dan meredah hutan belantara.


Tahun Kedua, membawa status mak buyung sebenarnya bukan mudah apa lagi di pedalaman.Namun mujur ada teman yang menjadi penawar di sisi.Tahun ketiga pula, menjadi mama kepada Lubna ,dengan Lubna sekali naik bot..Haih!bukan mudah ....namun semuanya itu berjaya dilalui dengan sokongan rakan serumah  yang sangat memahami dan banyak membantu..thanks Yana,Cik Yam, Farah and Ehan atas segala kebajikan ,sumbangan tenaga,masa ,dan kasih sayang untuk Lubna.Hanya Tuhan Mampu membalasnya.



Kita Ketawa & Menangis bersama.

Benarlah bagai dikata untuk menilai sebuah kekuatan persahabatan ,lihatlah pada kesanggupan kita untuk berkongsi susah dan senang bersama, tanpa mementingkan kepentingan diri,tapi mementingkan kepentingan teman.


Jutaan Terima Kasih :
  • Yana (mummy Lubna)sebab selalu teman saya pergi check-up pregnancy and check-up Lubna, kasih sayang untuk Lubna
  • Cik Yam( bonda Lubna) sering tumpangkan saya hilir,kasih sayang untuk Lubna,layan Lubna makan BURTUQOL
  • Farah (aunty Lubna) tidurkan Lubna dengan lullaby ,kasih sayang untuk Lubna
  • Ehan(Ibu Lubna) atas rawatan kesihatan bila ada masalah kesihatan,kasih sayang untuk Lubna and tempat yang Lubna jadi tenang.
  • Ustaz Duan & Kak ERMI tidak jemu menghulur bantuan untuk angkut barang saya dan Lubna ke Jeti dan sentiasa tanya khabar kami.
  • Kak Ju geng sama-sama mengandung dan banyak berkongsi cerita dan pengalaman,kakak yang memahami .
  • Kak Fiza terima kasih sebab bagi tumpangkan susu Lubna kt peti akak bila tiada letrik dan pendengar yang baik untuk berkongsi masalah.
  • Along sebab banyak mendengar luahan rasa dan sangat memahami, miss ur cakes.
  • Pok Li dan Ustaz Reza  ,jiran yang sangat prihatin .
  • Shaza teman susuan.. :)
  • Semua guru dan warga SKUT yang banyak membantu sepanjang saya & Lubna berada di sana.Sesungguhnya kalian banyak mencorak dan mewarnai dunia kerjaya saya.
  • Ayah De Rani ngan Mak yang baik hati,sudi hantar makanan bawa kami bersiar-siar..hehe..
  • Mak Cik-Mak Cik mengaji yang seringkali memberi makanan lauk pauk,sayur-sayuran ,kuih-muih untuk kami (sedikit terkilan tak sempat jumpa mrk.



                                                                 Jaboi pasti ku rindu


                                                     Air mata perpisahan

Kami sentiasa bersama :)
                                           SENGETKAN LAPTOP MASING-MASING

Bot yang terakhir benar-benar meruntunkan jiwa..air mata makin deras berderai...sedih meninggalkan kawan-kawan,haru meninggalkan murid-murid yang pertama dalam kerjayaku...semoga ukhuwwah yang dibina kekal selamanya..maafkan segala salah dan silapku..halalkan segalanya..Terima kasih teman seperjuanganku.. :)


#kredit tu Maryam Izza untuk gambar yang cun..

No comments:

Post a Comment

Followers