Sunday, May 15, 2011

PJJ??????

Tepat pukul 12.00 nanti genaplah 8bulan perkawinan kami.....8bulan jugak la kami menjalani hidup Perkahwinan Jarak Jauh..Start dr mula kawen,dr zaman blajar maktab,until now bekerja pn tetap jauh dr suami....Dugaan apakah ini..??? Redha dgn ketentuan Nya..


Dalam google menggoogle jupa satu topik yg best..Jom Layan..  Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan mcm sy ni...

Tip 1: Elak Cemburu Buta
Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat
Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini
Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja."Jangan ada jer kemudahan tp xguna ..hanya menyusahkan kemudahan yg ada.."

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah
Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda."Suami @ Isteri akan rasa dihargai apabila pasangannya sanggup berkongsi suka duka aktiviti kehidupan bersama-sama"

Tip 5: Rancang KejutanDalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.Ingatlah hari2 penting dalam hubungan kalian..Jika tidak sempat bersua,ketika bersua buat la sesuatu yg istimewa utk pasangan anda..jGN buat2 seperti tidak ada ape2 pn berlaku..

Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.


RENUNG-RENUNGKN & SELAMAT BERAMAL...


3 comments:

  1. thank tyg... tips yg begitu bermakna.. walaupun jauh tp hati kite tetap bersama tyg... I Luv U so Much! Miss U forever! x sabar nk jumpe.. Selamat Ulang Bulan yang ke 8!

    ReplyDelete
  2. :) I LUV U TOOO......MISS u too...Selamat ulangbulan k8....

    ReplyDelete

Followers