Hasil pencarian...nk share dengan kawan-kawan semua..
Suntikan di siang hari Ramadan ada dua macam:
- Suntikan nutrisi (infus), yang bisa menggantikan makanan dan minuman. Suntikan semacam ini membatalkan puasa karena dinilai seperti makan atau minum.
- Suntikan selain nutrisi, seperti: suntik obat atau pengambilan sampel darah. Suntikan semacam ini tidak membatalkan dan tidak memengaruhi puasa, baik suntikan ini diberikan di lengan atau di pembuluh. Hanya saja, jika memungkinkan, sebaiknya suntikan ini dilakukan di malam hari, dan itu lebih baik, sebagai bentuk kehati-hatian ketika puasa.
Syekh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya tentang hukum suntikan di
pembuluh atau lengan pada siang hari di bulan Ramadan; apakah
membatalkan puasa?
Jawaban beliau, “Puasanya sah, karena suntikan di pembuluh tidaklah
termasuk makan atau minum. Demikian pula suntikan di lengan, lebih tidak
membatalkan lagi. Akan tetapi, andaikan dia mengqadha puasanya
dalam rangka kehati-hatian maka itu lebih baik. Jika hal ini diakhirkan
sampai malam ketika butuh maka itu lebih baik dan lebih berhati-hati,
dalam rangka keluar dari perselisihan pendapat dalam masalah ini.”
Dalam Fatwa tentang Puasa (hlm. 220), Syekh Muhammad bin
Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan jarum suntik
di urat maupun di pembuluh.
Beliau menjawab, “Suntikan jarum di pembuluh, lengan, maupun paha
diperbolehkan dan tidak membatalkan puasa, karena suntikan tidaklah
termasuk pembatal dan juga tidak bisa disamakan dengan pembatal puasa.
Sebabnya, suntikan bukanlah termasuk makan dan minum, juga tidak bisa
disamakan dengan makan dan minum …. Yang bisa membatalkan puasa adalah
suntikan untuk orang sakit yang menggantikan makan dan minum (infus).”
Lajnah Daimah (Komite Tetap untuk Penelitian Ilmiah dan Fatwa)
ditanya tentang hukum berobat dengan disuntik saat siang hari Ramadan,
baik untuk pengobatan maupun untuk nutrisi.
Mereka menjawab, “Boleh berobat dengan disuntik di lengan atau urat,
bagi orang yang puasa di siang hari Ramadan. Namun, orang yang sedang
berpuasa tidak boleh diberi suntikan nutrisi (infus) di siang hari
Ramadan karena ini sama saja dengan makan atau minum. Oleh sebab itu,
pemberian suntikan infus disamakan dengan pembatal puasa Ramadan.
Kemudian, jika memungkinkan untuk melakukan suntik lengan atau pembuluh
darah di malam hari maka itu lebih baik.” (Fatawa Lajnah, 10:252)
Sumber: www.islamqa.com
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah).
Artikel www.KonsultasiSyariah.com
Pendapat pertama:
Semua perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga (lubang) badan,
seperti mulut, hidung dan telinga membatalkan puasa, sama ada terus
masuk ke dalam usus atau tidak dan sama ada makanan atau bukan makanan,
cecair atau bukan cecair. Kitab-kitab yang ditulis dalam mazhab Syafie
seperti Perhimpunan Ibadat karangan Ahmad Sonhaji jelas menyatakan
perkara itu membatalkan puasa.
Berpandukan
pendapat ini, semua suntikan termasuk insulin, ubat-ubatan, glukos dan
lain-lain sama ada ia dimasukkan terus ke dalam usus, kepala atau ke
dalam darah, hukumnya membatalkan puasa. Pihak yang terlibat hendaklah
mengqada puasanya atau membayar fidyah mengikut hukum yang ditetapkan.
Jika
tuan memilih pendapat ini, maka puasa tuan batal kerana pengambilan
suntikan itu, tetapi tuan diharuskan berbuka awal-awal lagi dengan
alasan sakit, kemudian dikehendaki mengqada atau membayar fidyah, sebaik
sahaja selesai Ramadan, iaitu jika tuan dikurniakan sihat dan afiat,
atau membayar fidyah jika tuan terus uzur.
Pendapat
kedua: Suntikan insulin atau ubat-ubatan seperti suntikan demam
kepialu, kolera dan lain-lain tidak membatalkan puasa kerana suntikan
itu tidak dianggap makan dan minum dan tidak pula menyerupainya. Makan
minum menurut mereka ialah mengambil bahan-bahan berupa makanan, melalui
mulut dan ditelan hingga terus ke usus atau rongga.
Suntikan
insulin dan ubat-ubatan tidak dikatakan makan atau minum kerana tidak
melalui mulut dan tidak pula dibawa terus ke usus. Bagaimanapun, menurut
Syeikh Atiyyah Saqr, pengerusi Majlis fatwa Azhar, suntikan glukos
membatalkan puasa, kerana suntikan ini menyerupai makan minum. Glukos
yang disuntik itu pula berfungsi seperti makanan dan mampu menahan lapar
hingga beberapa waktu. Keterangan doktor dalam perkara ini perlu
dirujuk.
Dr.
Yusuf al-Qaradawi, seorang ilmuwan dan mujtahid terkini, lebih
cenderung kepada pendapat tidak membatalkan puasa kerana suntikan glukos
hanya menghubungkan terus dengan darah tanpa melalui usus. Ini bererti
suntikan glukos dan lain-lain suntikan perubatan termasuk juga insulin
tidak dikategorikan sebagai makan atau minum dan sekali gus tidak
membatalkan puasa.
Bagaimanapun,
menurutnya lagi, bagi mencapai kesempurnaan puasa, seorang muslim tidak
sepatutnya mengambil semua suntikan ini terutama suntikan glukos ketika
menjalani ibadah puasa. Mereka boleh mengubah jadual pengambilan
suntikan pada waktu malam atau mendapatkan nasihat doktor terlebih
dahulu.
Jika
suntikan terpaksa juga diambil pada siang hari kerana penyakitnya agak
serius, maka sebagai seorang pesakit dia diharuskan berbuka. Jika
keadaannya bertambah sihat selepas Ramadan, hendaklah dia mengqada semua
puasa yang tertinggal. Jika terus uzur, bolehlah dibayar fidyah iaitu
mengeluarkan makanan untuk sekali makan kepada fakir miskin bagi setiap
hari puasa yang ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment