Semalam sebelum tidur duk berfikir dan mengenangkan suami tercinta...terfikir kenapa dia macam tu?kenapa dia xpernah merungut..kenapa dia x nampak pun terbeban..walaupun sekarang dia sedang menempuhi klimaks dalam mencapai segulung ijazah iaitu proses siapkan tesis..
Dalam sibuk buat tesis..Dia masih sempat carikan baju raya untuk saya,belikan barang-barang baby..nak belikan biskut raya lagi..buat itu..buat ini..hantar saya ..ambik saya..dia betul-betul kuat..kalu saya imbas kembali masa saya nak siapkan tesis dulu, masa time dekat nak kenduri kahwin..banyak stress,buat sambil nanges2..yerla orang lain leh relax lagi,kita awal2 da bertungkus-lumus siapkan sbb masa banyak dihabiskan untuk urusan kenduri..
Semalam rasa terharu pulak bila dapat sms dari dia..
"Ayg nak baju raya lagi tak?"
Dalam hati ni sempat lagi dia pikir pasal nak tambah baju raya saya sedangkan baju raya sendiri pun dia x beli lagi..dengan duk bz buat tesis,sempat lg pikir baju rayaku..
Balik dari sekolah on Fb tengok status suami:
"lelaki penuh dengan tanggungjawab.. namun ianya tetap bukan bebanan... mood xsabar nk ada tanggugjawab baru :)"
Macam tahu-tahu jer abg ni apa yg difikirkan aku semalam....Alhmdulillah..semoga dia sentiasa menganggap kami sebagai tanggungjawabnya bukan bebanannya.. :) kerna perkahwinan bukan sekadar merealisasikan cinta,tapi semuanya adalah berlandaskan tanggungjawab dan amanah yang besar dari Allah...ke arah membina sebuah keluarga yang sakinah dan mawardah menuju ke Jannah..
OH...asyik lari tajuk jer kan... lalala..
Tadi pergi check up kandungan..
*Berat 47.6
*FBC & FBM Blood Test
*HB 9.1 rendah.. :(
*scan baby :
Doktor: (Mengukur saiz baby) Baby sihat,normal..
Saya :Alhmdulillah.
Doktor: Awak nak tahu jantina ke ?
Saya: Nampak ke?Kl nampak nak la tahu..
Doktor: Anak awak baby _______________.
Saya: (Tersenyum lebar)
#Sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri tau..
Excited sgt bile da tahu jantina ni,makin x sabar rasanya nak tengok wajah cinta hati kami ni..tapi orang cakap jgn trust sgt scan ni sbb kadang-kadang leh jugak x berapa tepat...tapi kan..sekurang-kurangnya dah dapat klu..janji bby sihat.. :)