Menghabiskan hujung minggu di ulu ,memang tiada apa sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh kami guru-guru wanita...Kalu guru lelaki mereka lebih gemar pergi memancing,mandi air terjun dan macam-macam lagi(tapi bulan puasa x de lah)...Kekosongan aktiviti harian menyebabkan fikiran & emosi semakin tidak keruan.
Ya...sudah semestinya..aku juga ingin ...Aku ingin merasa yang sama seperti ibu mengandung yang lain..
Bila berkongsi cerita-cerita pengalaman mengandung dengan kaum-kaum ibu yang lain.Aku seronok bercampur cemburu dengan peluang yang mereka nikmati..kerna aku juga ingin..
#Ada bercerita setiap malam sebelum tidur ada suami yang mengurut kaki mereka,..yer,bila bulan semakin meningkat kandungan semakin membesar badan mula sakit-sakit..kaki cepat aje lenguh,nak-nak bila malam menjelma ..mungkin kerna cuaca malam yang sejuk..
#Ada yang bercerita ,seronok bila bby tendang,gerak-gerak dalam perut suami diorang excited mengusap perut,bercakap dengan baby dalam perut..
.
#Ada yang bercerita, tiap-tiap bulan pergi klinik check perut bersama suami..
#Ada juga yang bercerita,suami dia masakkan untuk dia kerna dia dah xlarat nk masak..
Aku juga teringin merasakan yang sama, dilayan yang sama seperti ibu mengandung yang lain...namun jarak yang menghalang untuk aku merasakan itu semua..
Teringat pertanyaan mama bila aku cakap,aku dah bersedia untu pregnant..
Mama:Sanggup ko k.ida nak ngandung duk jauh-jauh gtu dari p? bukan senang kl alahan teruk-teruk..
Long:(Versi menyampuk)biar la dulu,payah g sekolah naik-naik bot,nak ngandung..nanges sore la duk ulu nung..
Aku: Takpo,nok jugop..
Itulah sebabnya bila ruang waktu berjumpa suami yang lazimnya hanya 3hari 2 malam aku gunakan betul-betul untuk cover semua masa 2 atau 3 minggu yang hilang begitu sahaja ketika kami berjauhan..Oleh hal itu juga,ketika berjumpa dengan suami aku menjadi lebih sensitif dan terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang xperlu nak sedih pn..aku menangis ..bukan sebab aku tamak,tapi aku juga ingin merasa yang sama...Orang kata normal kalau ibu mengandung itu sensitif sebab perubahan hormon dalam badan mempengaruhi emosi..tapi mesti teramat lah normal jika ibu mengandung yang jauh dari suami untuk menjadi lebih sensitif berkali-kali ganda kan...??
Aku dapat merasa semua itu tapi hanya melalui handphone..Jadi bila melalui hp,aku juga mengharapkan perkara yang sama..
contoh:
ummi:Abg,ayg lenguh sangat kaki ni... :(
abi:meh abg urut syg..cian kt ayg..
walaupun aplikasinya tidak sama,tapi perhatian yang diberikan pun sudah cukup mengubat keperitan seorang ibu yang mengandung ..yup!bila berjauhan begini,kata-kata yang prihatin lebih berkesan di hati..Itulah shj yang kami mampu :)
Namun ,bila difikir-fikir aku patut lebih bersyukur kerna walaupun berjauhan tapi aku masih punya suami,walaupun jauh,,tuhan memberikan aku anugerah untuk merasai nikmat untuk menjadi ibu..jadi ini semua bukan satu rungutan,tapi sebuah luahan hati seorang ibu mengandung yang ingin berkongsi pengalaman dan rasa..serta untuk disimpan sebagai sebuah pengalaman hidup yang bermakna..
tapi bila direnung balik..dah masuk 6bulan pregnant dan aku mampu hadapi semua ini sampai hari ini..jadi AKULAH SEORANG IBU MENGANDUNG YANG BERDIKARI...!!!lagi GAGAH PERKASA! ngeh3x.. :) konon..