Ada seorang lelaki Badwi datang bertemu dengan Rasulullah SAW meminta wasiat yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah, jika ada orang yang mencela kekuranganmu, maka jangan kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya dan pahalanya ada padamu. Dan janganlah kamu mencaci maki siapapun. Kata A’rabiy tadi: “Sejak itu saya tidak pernah lagi mencaci maki orang”. (riwayat Ahmad).
Alhmdulillah,dalam mengubat hati yang terasa ,hati yg semakin mengecil ini,terjumpa beberapa hadis yang mampu menjadi penawar yg mujarab pada hatiku ini..
Pernah suatu ketika daripada Abdullah dia telah memanjat bukit Safa lalu memegang lidahnya lantas berkata: “Wahai lidah katalah yang baik nescaya engkau beruntung dan hendaklah engkau dia supaya selamat sebelum engkau menyesal. Kemudian berkata lagi, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lisannya…”(al-Thabariniy, Ibn Abi al-Dunya, al-Baihaqi, al-Iraqiy selepas analisis hadis ini berkata: Hadis ini darjatnya hasan).
Jangan terlalu berbangga dengan sikap kita yg terlalu OPEN-MINDED dan terlalu out-spoken...kerna...kita mungkin juga kadang-kadang lupa dan tidak sedar yang kita sebenarnya tergolong dalam golongan yang kufur pada nikmat lisan.Nauzubillah...
Daripada al-Hasan al-Basri berkata: “Mereka mengatakan bahawa ungkapan lisan seorang mukmin adalah dari hatinya. Apabila si mukmin ingin mengatakan sesuatu maka ditapis dulu dalam hatinya kemudian barulah diungkap pada lisannya, manakala si munafik pula lisannya mendahului hatinya, apabila ingin menyatakan sesuatu terus diungkapkannya tanpa ditapis melalui hatinya. (al-Kharaithy di dalam Makarim al-Akhlaq)
Indahnya ,jika semua menjaga lisan mereka,memelihara dalam tutur kata,maka sudah semestinya kehidupan menjadi lebih harmoni dan tiada timbul sebarang masalah hati yang boleh menjadi barah dalam setiap perhubungan.
Refleksi Diri:
*Tatkala org melukakan hati kita dgn kata-kata,pasti kita juga pernah melukakan hati mereka dengan kata-kata kita yg tajam..(inilah Karma mcm lagu Faizal Tahir tu)
*Mahu hati kita dijaga,maka jagalah hati org lain.
*Cuba koreksi diri pasti kita ujian diberi utk melengkap lumrah sebagai hamba,kerna Allah merindui rintihan dan rayuan hambaNYa yg sentiasa berharap kpd Nya.
Tanda hamba itu bersyukur dengan Kurnia Lisan ialah golongang yang sentiasa memelihara tutur kata mereka.Bersama-samalah kita memelihara lisan dalam memastikan tiada lisan yang mampu menghiris hati-hati yg FRAGILE..
Jom sama-sama berusaha menjadi golongan yang menjaga lisan... :)
No comments:
Post a Comment