Saturday, July 28, 2012

Kerna Aku Juga Ingin

Menghabiskan hujung minggu di ulu ,memang tiada apa sangat aktiviti yang boleh dilakukan oleh kami guru-guru wanita...Kalu guru lelaki mereka lebih gemar pergi memancing,mandi air terjun dan macam-macam lagi(tapi bulan puasa x de lah)...Kekosongan aktiviti harian menyebabkan fikiran & emosi semakin tidak keruan.

Ya...sudah semestinya..aku juga ingin ...Aku ingin merasa yang sama seperti ibu mengandung yang lain..

Bila berkongsi cerita-cerita pengalaman mengandung dengan kaum-kaum ibu yang lain.Aku seronok bercampur cemburu dengan peluang yang mereka nikmati..kerna aku juga ingin..

#Ada bercerita setiap malam sebelum tidur ada suami yang mengurut kaki mereka,..yer,bila bulan semakin meningkat kandungan semakin membesar badan mula sakit-sakit..kaki cepat aje lenguh,nak-nak bila malam menjelma ..mungkin kerna cuaca malam yang sejuk..

#Ada yang bercerita ,seronok bila bby tendang,gerak-gerak dalam perut suami diorang excited mengusap perut,bercakap dengan baby dalam perut..
.
#Ada yang bercerita, tiap-tiap bulan pergi klinik check perut bersama suami..

#Ada juga yang bercerita,suami dia masakkan untuk dia kerna dia dah xlarat nk masak..

Aku juga teringin merasakan yang sama, dilayan yang sama seperti ibu mengandung yang lain...namun jarak yang menghalang untuk aku merasakan itu semua..

Teringat pertanyaan mama bila aku cakap,aku dah bersedia untu pregnant..
Mama:Sanggup ko k.ida nak ngandung duk jauh-jauh gtu dari p? bukan senang kl alahan teruk-teruk..
Long:(Versi menyampuk)biar la dulu,payah g sekolah naik-naik bot,nak ngandung..nanges sore la duk ulu nung..
Aku: Takpo,nok jugop..

Itulah sebabnya bila ruang waktu berjumpa suami yang lazimnya hanya 3hari 2 malam  aku gunakan betul-betul untuk cover semua masa 2 atau 3 minggu yang hilang begitu sahaja ketika kami berjauhan..Oleh hal itu juga,ketika berjumpa dengan suami aku menjadi lebih sensitif dan terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang xperlu nak sedih pn..aku menangis ..bukan sebab aku tamak,tapi aku juga ingin merasa yang sama...Orang kata normal kalau ibu mengandung itu sensitif sebab perubahan hormon dalam badan mempengaruhi emosi..tapi mesti teramat lah normal jika ibu mengandung yang jauh dari suami untuk menjadi lebih sensitif berkali-kali ganda kan...??


Aku dapat merasa semua itu tapi hanya melalui handphone..Jadi bila melalui hp,aku juga mengharapkan perkara yang sama..

contoh:
ummi:Abg,ayg lenguh sangat kaki ni... :(
abi:meh abg urut syg..cian kt ayg..

walaupun aplikasinya tidak sama,tapi perhatian yang diberikan pun sudah cukup mengubat keperitan seorang ibu yang mengandung ..yup!bila berjauhan begini,kata-kata yang prihatin lebih berkesan di hati..Itulah shj yang kami mampu :)

Namun ,bila difikir-fikir aku patut lebih bersyukur kerna walaupun berjauhan tapi aku masih punya suami,walaupun jauh,,tuhan memberikan aku anugerah untuk merasai nikmat untuk menjadi ibu..jadi ini semua bukan satu rungutan,tapi sebuah luahan hati seorang ibu mengandung yang ingin berkongsi pengalaman dan rasa..serta untuk disimpan sebagai sebuah pengalaman hidup yang bermakna..

tapi bila direnung balik..dah masuk 6bulan pregnant dan aku mampu hadapi semua ini sampai hari ini..jadi AKULAH SEORANG IBU MENGANDUNG YANG BERDIKARI...!!!lagi GAGAH PERKASA! ngeh3x.. :) konon..

Thursday, July 19, 2012

Minum Air Gula

Hari sebagaimana hari yang telah ditetapkan,terkedek-kedek ibu yang mengandung 5 bulan ni berjalan kaki ke Klinik..Al-maklumlah kampung ni jalan raya pn xtiada,jd tak kan la sy nak naik kereta Alphard saya tu kan..kereta Alphard tu campak jer dalam sungai..Aigoo..

Macam yang diarahkan oleh nurse la,malam hari sebelumnya kena jaga makan,and puasa start pukul 10am..pagi just mkn kuih seketul,tengah hari minum air masak jer..petang pukul 5 makan nasi dengan kuantiti yang sangat sedikit..mlm makan biskut atawar sekeping..sepanjang hari tu minum air jer sampai nak buncit..hehe!sebagaimana yang telah disarankan oleh Dr.Fakhry suami Husna,and Nana..and Budin..lala..and Tehah yang sudi berkongsi rasa..

Sampai lebih kurang pukul 8am kt klinik,then trus ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..Alhmdulillah..3.8..normal..minum air gula satu mug yg sangat best tu...sampai tahap nak muntah..no!!! xnk dah minum lagi..lepas minum bby dlm perut makin aktif berkarate...cian bby..

Sepanjang 2 jam duk kt klinik sementara nak tunggu result.....tidur jer kat kerusi nurse tu nak berjalan balik semula ke sekolah memang x larat..kesan minum air gula tu kepala berdenyut-denyut...pusing..pening...

>>>>>>>2 Jam pun berlalu pergi..

Ambik darah lagi..resultnya...oH no!!!..11.9 tingginya...nurse tu mula ragu..dia kata xlogik la...dia pun guna mesin test yang kedua..resulnya 5.3..aiks?? kenapa lain...dia kata tak pernah dia dapat result yang berbeza gini ,biasanya sama jer dua-dua mesin..dia belek-belek dia punya mesin..rupanya menda alah yang tempat titik darah tu dah expired..jadi ..

yang mana satu expired???!!!..

Alhmdulillah..yang expirednya yang tinggi bacaannya tu..jadi kandungan gula dalam darah saya 5.3...normal..dan selamat..dari BSP...syukur Ya Allah,tidak sia-sia menggantung harapanku padaMu dalam setiap Tahajjud ku...


Tuesday, July 17, 2012

Kenapa ???

Hari ni, ada appoinment di Klinik untuk check-up kandungan dan minum air gula( uji kandungan gula dalam darah)..

Sebelum datang appoinment  nurse ada pesan sy perlu puasa start pukul 10 malam sehari sebelum pergi minum air gula..dan jangan makan makanan manis seperti buah mata kucing..dan kurangkan makan..ok..Faham!

Sebagaimana hari yang dijanjikan hari la,dalam mood puasa pukul 8 am dah terpacak kt Klinik..masuk then trus kena ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah..normal 4.6 jer Alhmdulillah..then

Check hb ,ambik darah lagi...
Cucuk vaksin ATT kt bahu.(vaksin ni,.sbb bby dah mula bergerak...)sakit sangat rasa macam kena tulang..ishk!mungkin sbb dah lama x kena cucuk..tu yang sakit tu..lepas check up

.>>>>>>>>>>>>>>byk perlu dirahsiakan utk kepentingan bersama>>>>>>>>>> then bincang-bincang dengan nurse ...

nurse:Apa yang awak makan semalam?
me:nasi..kurma...
nurse:banyak ke?
me:nasi saya makan bertambah tp skit jer xbyk pn..kurma 3 biji ..
nurse:patut la(patut la ape biar la rahsia jugak).. ..kurma xleh makan, sangat manis..byk gula..nasi tu sure la kena makan sikit jer..kan dah pesan makan sikit jer...
me: *feeling down*

Pastu x jadi la minum air gula(  kan teacher yana kan???)..


Then nurse kata kena puasa semul mlm Rabu ni..dtg semula ke klinik utk minum air gula  pada hari Khamis...upset.. :(

Kenapa ibu mengandung pun kena jaga-jaga makan? dah la time ni selera memuncak ,semua menda terliur..roti atas meja pun terliur,buah-buah dalam peti ais pn terliur,roti canai segera dalam peti pun duk melambai-lambai,bubur butir nangka pn memanggil-manggil..nasi pn kena kurangkan portion pengambilan...sedangkan saya nak makan banyak..saya lapar..ishk!!!! sampai hati....xtahu nk kata sampai hati kat siapa???..ishk!

Jadi sepanjang balik dari klinik hari ni saya banyak menahan rasa lapar saya,banyakkan minum air masak jer..rasa malas nk ckp ngn siapa-siapa...ishk!!!!kesian kt sy..tp sy lagi kesian kat bby sy..

(Menangis dalam menahan selera + lapar)..Hanya Tuhan yang tahu bila ibu mengandung rasa lapar..

Maghrib ambil quran baca surah Ar-Rahman untuk memujuk hati.."Nikmat Tuhan yang manakah yang ,kamu dustakan"...sekurang-kurangnya bersyukurlah wahai diri,tuhan telah mengurniakan kepada ku zuriat yang ku diidam-idamkan selama ini..Astaghfirullah..Alhamdulillah..

Belek-belek lagi surah Al-Insyirah: Baca Tafsirnya:

  1. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  2. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  3. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Setiap kesulitan ada kemudahan...banyakkan bersabar ...banyakkan berdoa...
  

For Dinner: Makan nasi sikit jer+sup+sayur yang mmg banyak nk cover lapar...= Tahan Selera Makan..*Suffer*..tapi sy kena positif,kawan-kawan serumah (rumah ke asrama?) pn banyak memberi sokongan pada sy.. 
Sayang Yana+Cik Yam+Farah+E-han..deeply from my heart

Result Test..Insyaallah akan update Khamis ni kalau sy rajin la..doakan yang terbaik utk saya dan anak..tapi yang pasti semuanya pasti ada hikmah dariNya..






Monday, July 16, 2012

Suntikan Ketika Berpuasa


Hasil pencarian...nk share dengan kawan-kawan semua..
Suntikan di siang hari Ramadan ada dua macam:
  1. Suntikan nutrisi (infus), yang bisa menggantikan makanan dan minuman. Suntikan semacam ini membatalkan puasa karena dinilai seperti makan atau minum.
  2. Suntikan selain nutrisi, seperti: suntik obat atau pengambilan sampel darah. Suntikan semacam ini tidak membatalkan dan tidak memengaruhi puasa, baik suntikan ini diberikan di lengan atau di pembuluh. Hanya saja, jika memungkinkan, sebaiknya suntikan ini dilakukan di malam hari, dan itu lebih baik, sebagai bentuk kehati-hatian ketika puasa.
Syekh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya tentang hukum suntikan di pembuluh atau lengan pada siang hari di bulan Ramadan; apakah membatalkan puasa?
Jawaban beliau, “Puasanya sah, karena suntikan di pembuluh tidaklah termasuk makan atau minum. Demikian pula suntikan di lengan, lebih tidak membatalkan lagi. Akan tetapi, andaikan dia mengqadha puasanya dalam rangka kehati-hatian maka itu lebih baik. Jika hal ini diakhirkan sampai malam ketika butuh maka itu lebih baik dan lebih berhati-hati, dalam rangka keluar dari perselisihan pendapat dalam masalah ini.”
Dalam Fatwa tentang Puasa (hlm. 220), Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan jarum suntik di urat maupun di pembuluh.
Beliau menjawab, “Suntikan jarum di pembuluh, lengan, maupun paha diperbolehkan dan tidak membatalkan puasa, karena suntikan tidaklah termasuk pembatal dan juga tidak bisa disamakan dengan pembatal puasa. Sebabnya, suntikan bukanlah termasuk makan dan minum, juga tidak bisa disamakan dengan makan dan minum …. Yang bisa membatalkan puasa adalah suntikan untuk orang sakit yang menggantikan makan dan minum (infus).”
Lajnah Daimah (Komite Tetap untuk Penelitian Ilmiah dan Fatwa) ditanya tentang hukum berobat dengan disuntik saat siang hari Ramadan, baik untuk pengobatan maupun untuk nutrisi.
Mereka menjawab, “Boleh berobat dengan disuntik di lengan atau urat, bagi orang yang puasa di siang hari Ramadan. Namun, orang yang sedang berpuasa tidak boleh diberi suntikan nutrisi (infus) di siang hari Ramadan karena ini sama saja dengan makan atau minum. Oleh sebab itu, pemberian suntikan infus disamakan dengan pembatal puasa Ramadan. Kemudian, jika memungkinkan untuk melakukan suntik lengan atau pembuluh darah di malam hari maka itu lebih baik.” (Fatawa Lajnah, 10:252)
Sumber: www.islamqa.com
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah).


Pendapat pertama: Semua perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga (lubang) badan, seperti mulut, hidung dan telinga membatalkan puasa, sama ada terus masuk ke dalam usus atau tidak dan sama ada makanan atau bukan makanan, cecair atau bukan cecair. Kitab-kitab yang ditulis dalam mazhab Syafie seperti Perhimpunan Ibadat karangan Ahmad Sonhaji jelas menyatakan perkara itu membatalkan puasa.
Berpandukan pendapat ini, semua suntikan termasuk insulin, ubat-ubatan, glukos dan lain-lain sama ada ia dimasukkan terus ke dalam usus, kepala atau ke dalam darah, hukumnya membatalkan puasa. Pihak yang terlibat hendaklah mengqada puasanya atau membayar fidyah mengikut hukum yang ditetapkan.
Jika tuan memilih pendapat ini, maka puasa tuan batal kerana pengambilan suntikan itu, tetapi tuan diharuskan berbuka awal-awal lagi dengan alasan sakit, kemudian dikehendaki mengqada atau membayar fidyah, sebaik sahaja selesai Ramadan, iaitu jika tuan dikurniakan sihat dan afiat, atau membayar fidyah jika tuan terus uzur.
Pendapat kedua: Suntikan insulin atau ubat-ubatan seperti suntikan demam kepialu, kolera dan lain-lain tidak membatalkan puasa kerana suntikan itu tidak dianggap makan dan minum dan tidak pula menyerupainya. Makan minum menurut mereka ialah mengambil bahan-bahan berupa makanan, melalui mulut dan ditelan hingga terus ke usus atau rongga.
Suntikan insulin dan ubat-ubatan tidak dikatakan makan atau minum kerana tidak melalui mulut dan tidak pula dibawa terus ke usus. Bagaimanapun, menurut Syeikh Atiyyah Saqr, pengerusi Majlis fatwa Azhar, suntikan glukos membatalkan puasa, kerana suntikan ini menyerupai makan minum. Glukos yang disuntik itu pula berfungsi seperti makanan dan mampu menahan lapar hingga beberapa waktu. Keterangan doktor dalam perkara ini perlu dirujuk.
Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang ilmuwan dan mujtahid terkini, lebih cenderung kepada pendapat tidak membatalkan puasa kerana suntikan glukos hanya menghubungkan terus dengan darah tanpa melalui usus. Ini bererti suntikan glukos dan lain-lain suntikan perubatan termasuk juga insulin tidak dikategorikan sebagai makan atau minum dan sekali gus tidak membatalkan puasa.
Bagaimanapun, menurutnya lagi, bagi mencapai kesempurnaan puasa, seorang muslim tidak sepatutnya mengambil semua suntikan ini terutama suntikan glukos ketika menjalani ibadah puasa. Mereka boleh mengubah jadual pengambilan suntikan pada waktu malam atau mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Jika suntikan terpaksa juga diambil pada siang hari kerana penyakitnya agak serius, maka sebagai seorang pesakit dia diharuskan berbuka. Jika keadaannya bertambah sihat selepas Ramadan, hendaklah dia mengqada semua puasa yang tertinggal. Jika terus uzur, bolehlah dibayar fidyah iaitu mengeluarkan makanan untuk sekali makan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Sunday, July 15, 2012

Berhati-hati dengan rakan FB anda..

Minggu lepas bila on fb ada orang yang tidak dikenali sapa melalui fb chat...bertanya yang bukan-bukan pasal rumahtangga...

Hari ini orang yang lain menggunakan kaedah yang sama melalui chat...nama fb dia NORI DASITI ...mengakui dirinya sebagai Kak Siti kononnya..katanya kawan satu maktab..ok cuba recall balik..oo..ni maybe k.siti kelas Math ni..
ok fine..layan la chat ngan dia..dengan anggapan k.siti yg kt maktab tu..tp makin lama ,makin pelik soalannya sampai tanya hal-hal First Night.
.
.Hello!!!! kak siti yang sy kenal kt maktab tu alim,warak,solehah orangnya...mula syak..orang ni bukan kak siti tp just guna nama orang untuk bercakap benda-benda x senonoh itu.
Ada banyak kemungkinan:

1)Kemungkinan dia main taram jer  nama siti sbb kt mane2 pn kemungkinan orang nama siti ramai..
2)Kemungkinan jugak dia dengan niat sengaja nk memburukkan nama kak siti..
3)Kemungkinan dia ni memang ada mental problem.
4)Kemungkinan dia ni lelaki menyamar jadi perempuan
5)Kemungkinan juga dia ni lesbian... (Teringat suatu ketika dahulu pengalaman diganggu cintai seorang lesbian ,ish!!! tolongla meluat tau dengan ayat romantik bagai sesama perempuan ni..sayang rupa bukan main cun,tapi minat kaum sejenis..harap dia telah insaf.


.
.

so watch out !!! awas!!! berhati-hati!!!




















Kami memang " OOO-some "(awesome)

Salam..lama rasanya x menjenguk blog ni..sebelum masuk tajuk yg kt atas tu...sy nak larikan dulu tajuk ni dulu ..boleh?...hehe.bby dah 21minggu,dah rasa gerakan bby dalam..kaki terasa sakit-sakit..seluruh badan dah start lenguh-lenguh...

13 Julai 2012: Check up ngn doc untuk kali ke-3.

Result: hb makin rendah 9.9..
Berat :Naik 1 kg (46.3kg)..

Isnin malam dinasihatkn untuk puasa,sebab hari Selasa kena minum air gula untuk check kencing manis positif atau negatif..


________________________________________________________________________

Kembali pada tajuk asal..apelah yang "OOO-some" sgt tu kan?..

Sepanjang hayat hidup 25 tahun ni,baru tahu rupanya darah saya jenis O..Excited sgt bila tahu darah sy darah O ,sbb suami sy pun darah O...Rasa awesome la..sbb bab jenis darah pun kami berjodoh..lala..


Followers