Tuesday, December 28, 2010

kutu oh kutu...



Hr ni dlm kebosanan ,penulis sempat google mencari fakta tentang kutu...haiyooo! teringat di zaman sekolah dlu rampai gak kwn2 ku dijangkiti serangga ini...kepala diorg gatal,jariku mula menggatal...bukan ape..sememangnye hobiku gemar menerobos segenap pelusuk,penjuru akar rambut utk menerjah kutu kwn2...bg mengelakkan dr berjangkit,penulis akan bertudung 24jam ...haha!termasukla waktu tdo..(gemar mencari kutu,tp xnk kutu bermaharajalela di kepala sendiri)....

Pengalaman penulis: pernah suatu ketika kutu bersarang di kepala ini,tp dengan segera dihapuskan dengan ridsect (penghapus nyamuk ) tu...hehe! terus KO ,kutu tu tanpa sempat mengucap...mati kutu la jd nye...

p/s:*jgn tiru aksi ini di rumah*

Jom skodeng skit pasal kutu sdg enjoy di atas kepala tu...






Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari...wow!


Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

* Sikat rambut.
* Perhiasan rambut.
* Tuala.
* Topi.
* Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

* Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
* Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
* Basuh cadar dsb dengan air panas.
* Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
* Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

* Crotamiton
* Benzene hexachloride
* Malathion

Cara merawat

* Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
* Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai
* syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.
* Buangkan semua kutu dan telurnya.
* Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.


.>>>>>> tgk blog ini pn telah dijangkiti kutu,xduduk diam dibuatnya..asyik menggaru aje...>>>>
>>>>>>AWAS!!!kepada blogger yg lain nanti ,blog anda pn akan dijangkiti kuku juga..>>>>>
>

p/s: pastikan semua blog anda memakai tudung atau penutup kepala senang crita..jaga la aurat blog masing2>>>>


Doa & Harapan: smoga diHindari kami dr kutu.... amin..

Persaudaraan


Dlm duk berangan2 tetibe penulis,t erlintas tentang teman-teman seperjuangn di IPG KDRI...cuba utk menilai adakah persahabatn yg dibina selama 5tahun setengan ini adalah dibina atas dasar persaudaraan dalam Islam atau sebaliknya...belajar bersama,bermain bersama,bercakaran pn bersama,menangis ketawa pn bersama..

Pelbagai kenangan indah pn dilalui di alam ipg ini...daki bukit,terjun bukit,redah hutan belukar,bermandikan lumpur,habis segala pulau diterjah...



Adakah ukhuwwah kita cukup mantap???...

Jom kita teliti hadis-hadis berkaitan persaudaraan dlm Islam :-

1)Tidak Saling Menzalimi
“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barangsiapa membantu kebutuhan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, niscaya Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar RA)

Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, melakukan najasy (semacam promosi palsu), saling membenci, memusuhi, atau menjual barang yang sudah dijual ke orang lain. Tetapi jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, tidak menzalimi, dan tidak membiarkan atau menghinakannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk ke dadanya tiga kali).”

2) Ibarat Satu Tubuh
Persaudaraan dalam Islam memperkuat ikatan antara orang-orang Muslim dan menjadikan mereka satu bangunan yang kukuh.

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sulit tidur dan merasa demam.” (Riwayat Muslim)

“Orang-orang Muslim itu ibarat satu tubuh; apabila matanya marasa sakit, seluruh tubuh ikut merasa sakit; jika kepalanya merasa sakit, seluruh tubuh ikut pula merasakan sakit.” (Riwayat Muslim)

3)Merasakan Lazatnya Iman

“Barangsiapa ingin (suka) memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah.” (Riwayat Ahmad)

4)Mengenal Baik Sahabatnya

“Jika seseorang menjalin ukhuwah dengan orang lain, hendaklah ia bertanya tentang namanya, nama ayahnya, dan dari suku manakah ia berasal, karena hal itu lebih mempererat jalinan rasa cinta.” (Riwayat Tirmidzi)


Demikian sebagian kecil dari nash hadits yang menjelaskan tentang persaudaraan...

Doa & Harapan : Ya Allah,kekalkanlah ukhuwwah ku dengan shbt2 ku semua,jauhilah aku daripd sifat-sifat keji yg bisa menyakiti shbtku..lunakkanlah hatiku utk menjadi seorang shbt yg disenangi ....









Salam...HOHO!bile tgk blog si dara cun ni..tringin plak join contest ini...juz for fun..Here my picture..bju ni pakai time annual dinner for pISMP AMBILAN jAN 2007..
pada oktober 2010 br ni..hoorray!.........

(tudung arini+shawl permata love+jubah from mesir+handbag +handsock=muslimah stlye)

p/s: semua permata yg berkelip2 tu,dijahit oleh my hardworking mum...thanks mama...


azamku: berazam utk menjadi isteri yg solehah serta menjadi pendidik yg berjaya di dunia dan akhirat..smoga tahun 2011 membawa 1001 kemanisan dalam hidupku..amin



ecece..juz support da muslimah fashion!

doa & harapan: walau apa pn fesyen kita,aurat mestilah sentiasa dijaga dan terjaga...

Monday, December 27, 2010

Isteri Cerdik & Solehah???



*Isteri cerdik yg solehAh,

Penyejuk mata,penawar hati>>>


Tatkala terdengar lagu ini ...penulis bermonolog sendirian..ADAKAH AKU ISTERI sOLEHAH??...indahnya,jikalau penulis mendapat pangkat itu menurut pandangan Pencipta...walaupun usia status isteri ini bru dipegang selama 3bulan,alhmdulillah suami di sisi sentiasa mendidik penulis ke arah itu..






meh kita semak ,apakah ciri-ciri istri solehah ini ada pada kite...

(menurut pdngan ustaz Azhar Idrus)

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Doa & Harapan: "Ya Allah..moga hambamu ini menjadi isteri yg solehah kepada suamiku..

Followers